Kontena terbang: 11 pegawai kastam ditahan, RM4.4 juta dirampas Dato’ Sri ‘T’ semakin hampir ditangkap?
08:06 Jun 19, 2024  |  By SabahKini2
Kontena terbang: 11 pegawai kastam ditahan, RM4.4 juta dirampas Dato’ Sri ‘T’ semakin hampir ditangkap?

SPRM telah menahan 17 orang termasuk 11 pegawai kastam dan enam pengarah. Beberapa pegawai juga dituduh di mahkamah. Namun dalangnya Datyo' Sri 'T' seorang mafia korporat belum ditangkap. Bagaimanapun usaha itu semakin hampir

SPRM telah menahan 17 orang termasuk 11 pegawai kastam dan enam pengarah baru-baru ini, bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan ketirisan dianggarkan berjumlah RM3.5 bilion di Pelabuhan Klang sejak 10 tahun lepas.

Menurut sumber, antara yang ditahan juga seorang runner dan kekasihnya manakala hasil siasatan setakat ini telah berjaya merampas wang tunai RM4.4 juta dipercayai diperoleh secara rasuah oleh pegawai kastam terlibat.

“Ini tidak termasuk empat buah motosikal Yamaha XMAX bernilai RM28,000, sebuah kenderaan Alphard bernilai lebih RM200,000, sebuah kereta BMW terpakai, barang-barang kemas, jam tangan mewah dan sebidang lot tanah yang kesemuanya dibeli secara tunai,” katanya.

Sumber berkata kesemua sitaan ini adalah sebahagian daripada hasil rasuah yang dapat dikesan SPRM setakat ini.

Pada masa sama, dia berkata sebanyak 12 akaun syarikat dan individu telah dibekukan dengan anggaran nilai berjumlah RM2 juta.

SPRM juga dalam proses mengesan akaun-akaun lain yang dipercayai digunakan oleh suspek sindiket berkenaan, katanya.

Menurut sumber, SPRM dengan kerjasama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) juga telah memeriksa kesemua 19 kontena yang disita.

“Sindiket ini telah membuat pengisytiharan palsu dengan mengisytiharkan barangan seperti kerusi roda, tandas duduk, tekstil dan peralatan kesihatan tidak bercukai.

"Namun hasil pemeriksaan yang dibuat mendapati kesemua kontena terbabit mengandungi pelbagai jenis barangan lain termasuk lampu LED, papan panel solar, lampu solar, peralatan aksesori motosikal, sport rim, kenderaan, alat ganti kenderaan, pakaian, teh cina, daging babi proses dalam tin dan sebagainya,” katanya.

Nilai anggaran keseluruhan 19 kontena tersebut termasuk cukai yang perlu dibayar dipercayai mencecah jutaan ringgit.

Menurut sumber, ini adalah antara kejayaan terbesar SPRM dalam mengekang isu rasuah dalam kalangan penguat kuasa dan isu ketirisan hasil negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (b), Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) 2001.

“Tindakan mengesan dalang utama sindiket giat dijalankan melalui pelbagai kerjasama agensi luar negara,” katanya.

Beberapa pegawai kastam juga didakwa dimahkamah. Menurut sumber dalangnya Dato’ ‘T’ seorang ahli perniagaan Mafia korporat terkenal semakin hampir untuk ditangkap

Isnin lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata negeri-negeri yang mempunyai kemudahan pelabuhan kini dalam perhatian SPRM bagi mengesan ketirisan hasil cukai kepada kerajaan.

 

ARTIKEL BERKAITAN- Pegawai kastam Wan Azmany didakwa terima suapan RM14,950 tapi ejen kargo milik 'Dato Sri T' masih kebal

 

1 Comment