Tanah runtuh di kaki Gunung Kinabalu, Sungai Mesilau berlumpur
14:06 Jun 24, 2024  |  By SabahKini2
Tanah runtuh di kaki Gunung Kinabalu, Sungai Mesilau berlumpur

Kejadian itu menyebabkan aliran air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi berlumpur.

RANAU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima maklumat mengenai kejadian tanah runtuh di kaki Gunung Kinabalu di Mesilau, Kundasang berlaku pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan aliran air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi berlumpur.

Ia hampir sama seperti kejadian banjir lumpur selepas gempa bumi berskala 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada Jun 2015.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima maklumat daripada rakaman video yang tular di media sosial pagi tadi.

Susulan itu katanya, sepasukan bomba digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemantauan dan bersedia daripada sebarang kemungkinan.

“Pemantauan segera dijalankan berhampiran tanah runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.

“Pemantauan turut dilakukan bersama dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian runtuhan itu tidak membabitkan kerosakan harta benda, namun anggota masih menjalankan pemeriksaan berhampiran lokasi kejadian.

Comment