Curi duit RM24.2 juta: MBSB beri penjelasan bayar balik wang dikeluarkan secara haram sindiket di KK
21:06 Jun 24, 2024  |  By SabahKini2
Curi duit RM24.2 juta: MBSB beri penjelasan bayar balik wang dikeluarkan secara haram sindiket di KK

MBSB Bank Bhd akhirnya menjelaskan mengenai skandal pegawainya di Kota Kinabalu berhubung kehilangan RM24.2 juta daripada akaun pelanggannya. MBSB berjanji akan membayar semua wang yang hilang dan mengambil tindakan tegas kepada pegawainya.

Selepas didedahkan 4 pegawai bank termasuk dua pengurus cawangan MBSB Bank Bhd Kota Kinabalu hari ini MBSB Bank Bhd menjelaskan akan membayar balik RM24.2 juta  yang dikeluarkan secara haram daripada akaun pelanggannya dalam satu kes di Kota Kinabalu baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN- Skandal Perbankan: Bagaimana dua pengurus cawangan MBSB Bank Kota Kinabalu dalang curi RM24.2 Juta wang pelanggan?

 

 

MBSB berkata ia secara aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan penyelesaian lancar dan telus kejadian itu, di mana satu sindiket berpakat dengan beberapa kakitangan bank untuk membuat pengeluaran secara haram.

“Sindiket ini menggunakan kad pengenalan yang dipalsukan untuk membuat pengeluaran wang secara haram daripada akaun pelanggan.

“Beberapa kakitangan kami yang terlibat kini berada dalam tahanan polis,” kata bank itu dalam satu kenyataan.

MBSB berkata ia komited mengekalkan integriti dan akan terus bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan individu yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

“Keutamaan kami adalah keselamatan dan kepercayaan pelanggan. Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Pada Jumaat lalu, media melaporkan, polis menahan 14 individu, termasuk empat pekerja bank, bagi membantu siasatan berhubung pengeluaran wang secara haram berjumlah RM24.2 juta dari beberapa akaun simpanan tetap.

Bank Negara turut mengarahkan pembayaran balik segera kepada semua pemegang akaun yang terjejas.

 

66 Comments