10 sekolah di Penampang, Papar, Sipitang dan Tuaran ditutup akibat banjir
12:07 Jul 01, 2024  |  By SabahKini2
10 sekolah di Penampang, Papar, Sipitang dan Tuaran ditutup akibat banjir

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, sekolah ditutup berikutan banjir yang melanda di daerah berkenaan, semalam.

PENAMPANG: 10 buah sekolah termasuk sebuah sekolah menengah terpaksa ditutup akibat banjir yang melanda di Penampang; Papar; Sipitang dan Tuaran.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, sekolah ditutup berikutan banjir yang melanda di daerah berkenaan, semalam.

"Sekolah yang ditutup melibatkan seramai 5,077 murid dan 307 orang guru setakat jam 8 pagi tadi.

“Antara sekolah yang terlibat di daerah Penampang adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sugut; SK St Theresa Inobong; SK Kibabaig; SK St Joseph; Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Yue Min dan Sekolah Menengah (SM) St Micheal.

“Manakala di Papar, sebuah sekolah ditutup iaitu di SK Kelatuan dan Sipitang melibatkan SJKC Sin Boon Sindumin,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dua buah sekolah di tutup di Tuaran iaitu SK Kauluan dan SJKC Chung Hwa Tenghilan.

Katanya, semua sekolah yang ditutup adalah disebabkan paras air banjir yang semakin naik selain belum surut serta beberapa laluan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Comment