Pengerusi SPANS kekal disandang Sukarti
17:07 Jul 03, 2024  |  By SabahKini2
Pengerusi SPANS kekal disandang Sukarti

Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

KOTA KINABALU: Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai 2024.

Mantan Pegawai Daerah Datuk Stephen Laison Sondoh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPANS bagi menggantikan Datuk Cladius Roman.

Daripada tujuh Ahli SPANS yang dilantik, dua adalah muka baharu iaitu Datuk Patrick Tan Su Teck dan Luvita Koisun.

Lima Ahli SPANS yang dilantik semula ialah Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken Liam, Awang Jami @ Awang Shamsi, Ariffin Gadait dan Iman Ali.

Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainudin Aman dan Setiausaha SPANS Diana Daria Amit.

Comment