Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas terhadap pengasas Borneo Komrad Mukmin Nantang yang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Kerajaan perlu beri pengajaran. Rakyat Sabah tidak perlukan NGO Malaya yang tak faham isu PTI, 'Stateless' dan kerakyatan.
Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas terhadap pengasas Borneo Komrad Mukmin Nantang yang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Sekalipun banyak protes dan memorandum yang disediakan oleh NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan beberapa NGO menyelar kerajaan dan mendesak PM Anwar memansuhkan Akta Hasutan selepas tangkapan aktivis seperti Mukmin Nantang kerajaan mesti bertegas mempertahankan undang-undang.
Mukmin Nantang yang beraliran sosialis sejak di kampus UMS bukan asing dalam dunia demonstrasi haram di Sabah malah beliau suka ditangkap untuk mendapat sokongan politik.
Mukmin, baru-baru ini dalam perhimpunan #KamiMahuAir membawa 8 orang warga asing Filipina tanpa sokongan menyertai demo anjuran mahasiswa UMS. Kumpulan anak muda itu ditangkap menyamar sebagai mahasiswa UMS.
ARTIKEL BERKAITAN - [VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air
Salah tetap salah membawa individu tanpa dokumen atau istilahnya ‘Pendatang Tanpa Izin’ adalah satu kesalahan yang jelas.
Kerajaan tidak boleh bertolak ansur dengan insiden seperti ini. Ini bukan kali pertama Mukmin Nantang menghasut rakyat seperti isu Palauh, warganegara tanpa negara (Stateless) dan setinggan. Beliau akan menggunakan apa sahaja isu rakyat yang boleh menguntungkan kumpulannya.
Dalam beberapa isu setinggan di Sepanggar dan Inanam Kota Kinabalu tindakan Mukmin Nantang dan Borneo Komrad sangat ironis berjuang isu air tetapi dalam masa sama membela setinggan di belakang Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencuri air dengan membuat sambungan haram di kawasan setinggan. Isu air Sepanggar dan KK bukan masalah baharu semua kerajaan berhadapan isu sama sehingga hari ini.
[VIDEO] Selepas palauh,setinggan PTI, Mukmin Nantang bos Borneo Komrad tunggang mahasiswa UMS demo isu air
Rakyat Malaysia khususnya di Negeri Sabah nampaknya berhadapan dengan rakyat dan netizen ‘sakit otak’. Apabila PTI dan rakyat tanpa dokumen ditangkap dianggap sebagai isu kemanusiaan dan hak asasi sedangkan isu utama ialah undang-undang.
Mereka cuba menjadikan sesuatu yang salah, tidak biasa sebagai sesuatu yang boleh diterima. Rakyat Sabah jangan bodoh kita tidak perlukan pembela PTI dan pejuang statless ‘pilak’ untuk menjadi rakyat Sabah. Rakyat Sabah tahu mana yang tulen mana yang tidak. Isu Stateless di luar bandar Sabah juga sangat berbeza dengan isu 'Stateless' di bandar seperti Kota Kinabalu dan pantai timur yang terdedah dengan isu kad burung-burung, IMM13 (Pelarian Filipina) dan pendatang tanpa izin.
Maka NGO dan parti politik ‘Malaya’ yang tidak memahami isu pendatang tanpa izin, stateless, Palauh dan setinggan di Sabah seharusnya berambus dari Sabah. Paling tidak tutup mulut kerana kamu tidak memahami isu sebenar Sabah.
Rakyat Sabah tidak perlukan Parti Sosial atau NGO atas nama kemanusiaan mengambil kesempatan politik.
ARTIKEL BERKAITAN - Isu PTI dan ‘anak tanpa negara’: NGO Malaya, Parti Sosialis sila berambus jangan tambah masalah Negeri Sabah
Tangkapan polis terhadap Mukmin Nantang di bawah Akta Hasutan sangat tepat. Sabah tidak perlukan pejuang demonstrasi yang biadap dan melanggar undang-undang. Mukmin perlu segera didakwa di mahkamah biar dia lalui fasa-fasa pendakwaan, mendapatkan peguam dan membayar kos guaman.
Baru ini Setiausaha Agung PSM A Sivarajan menyelar kerajaan kononnya melakukan intimidasi kepada Mukmin Nantang dan Borneo Komrad.
Terbaru Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy berkata penangkapan Mukmin, dipercayai dikaitkan dengan video tular di TikTok yang menonjolkan nasib Palauh tanpa kerakyatan, menandakan prestasi "paling rendah".
"Apa yang Mukmin buat? Dia bangkitkan isu rakyat tetapi kerajaan menggunakan Akta Hasutan 1948.
“Akta hasutan ini adalah akta penjajah.
"Apa guna akta ini kepada penjajah?
"Akta yang sama juga kerajaan gunakan untuk mendiamkan suara rakyat,” katanya.
Pejuang hak asasi itu berkata Kerajaan PH mungkir janji menghapuskan Akta Hasutan atas alasan isu kaum, raja dan agama (3R).
Namun pejuang hak asasi itu lupa kerajaan yang menjadi kerajaan hari ini bukan dari satu manifesto PH tetapi hasil gabungan kerajaan perpaduan.
Kerajaan Sabah tidak perlukan nasihat NGO Malaya untuk mengingatkan mengenai ‘Stateless’ atau orang tanpa negara dan pendatang tanpa izin. Rakyat Sabah tulen lebih faham mengenai isu hak kewarganegaraan.
Sabah sudah melalui beban yang teruk kerana isu pendatang asing dan ‘stateless’. Isu-isu kerakyataan menjadi isu utama maka Kerajaan Sabah lebih tahu siapa warganegara sebenar.
Kepada Pengasas bersama Buku Jalanan Chow Kit Siti Rahayu Baharin isu kanak-kanak tanpa kerakyatan di Semenanjung seperti di Chow Kit Kuala Lumpur tidak sama dengan isu kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah. Di Semenanjung ia lebih kepada anak-anak warganegara terbiar mungkin sedikit warga asing berbanding di Sabah bercampur dengan isu ibu bapa bukan warganegara yang sangat berleluasa tidak terkawal sehingga keturunannya tidak dapat disahkan. Tidak mungkin Kerajaan Sabah bersedia menerima mereka secara automatik sehingga semua dokumentasi seperti taraf perkahwinan dan keturunan dapat ditentukan.
Masalah pendatang tanpa izin dan ‘stateless’ Sabah sangat kritikal dan merupakan masalah keselamatan negara. Ia bukan setakat 3R tetapi NGO Sabah seperti Borneo Komrad menghalalkan sesuatu yang tidak wajar di Sabah.
Jika aktivis itu menyeru kerajaan Sabah jangan ganggu aktivis yang bekerja di tengah Masyarakat maka NGO-NGO ini pula diseru jangan campur urusan Sabah menangani isu kerakyatan.
PTI tetap PTI! Tiada dokumen maka tangkap ambil tindakan undang-undang kemudian MKN akan hantar mereka ke negara asal.