Richard Gunting Rancang Khianat Bumburing dan PCS Januari Lagi
00:03 Mar 24, 2018  |  By SabahKini2
Richard Gunting Rancang Khianat Bumburing dan PCS Januari Lagi

Richard Gunting kaki lompat sudah merancang meninggal kan PCS. PCS sudah disaran lebih awal membuang Richard. Dikatakan Richard dan rakan-rakannya bakal menyertai Warisan untuk mendapatkan kerusi bertanding pilihanraya.

KOTA KINABALU: Peletakan jawatan 3 Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) dan beberapa pemimpinnya pada hari Khamis lalu sebenarnya sudah dijangka.

Dr Richard Sakian Gunting, Dr Nicholas James Guntobon, Paul Voon, tiga timbalan presiden mengetuai sekumpulan lapan pemimpin PCS mengumumkan peletakan jawatan kerana Bumburing membentuk pakatan politik dengan Parti Kerjasama Anak Negeri. (Anak Negeri)

Pemimpin PCS yang lain yang meninggalkan termasuk Hasmin Azroy Abdullah, ketua Pemuda dan Naib Presiden, Ramdi Indang, Ketua Penerangannya, serta Melvin Raymond Jaikul, Lai Yun Thiam dan Pinus Gondili, semua ahli Majlis Tertinggi. Melvin Jaikul misalnya sejak Julai 2017 lagi sudah menyarung jersi Warisan.

Menurut sumber pemberontakan dan pengkhianatan 3 timbalan dan beberapa pemimpin PCS sudah dirancang awal sejak Januari lagi dalam siri pertemuan Taman Milennium dan bulan februari di Restoran Kim Fah tentang penubuhan parti baru serta menolak Parti Kerjasama Anak Negeri.

Richard dan pemimpin PCS ini akan menyertai Parti Warisan.

"Kami tidak mahu mahu bekerjasama dengan Anak Negeri. Kami akan bekerjasama dengan parti-parti politik yang berpotensi mengubah rejim. "

Pertelingkahan Bumburing PCS dan Shafie Apdal Presiden Warisan baru-baru ini menyebabkan dua parti itu memutuskan kerjasama mereka.

Susulan itu PCS terus bergabung dengan Parti Kerjasama Anak Negeri selepas Datuk Henrynus Amin mempertahankan Bumburing

Junz Wong Naib Presiden Warisan dilaporkan mengalu-alukan kemasukan Richard dan pemimpin PCS ke dalam Warisan. Kemasukan Richard dan beberapa pemimpinnya dalam Warisan pasti akan mengundang masalah kepada Warisan kerana selepas ini mereka dijanjikan kerusi bertanding dalam pilihanraya. Insiden perebutan kerusi pasti berlaku memandangkan sejarah lompar parti Richard yang jelas demi kepentingan peribadinya.

11 Comments