Francis Chong dilantik sebagai Presiden MPP
17:07 Jul 22, 2024  |  By SabahKini2
Francis Chong dilantik sebagai Presiden MPP

Francis Chong Yu Shing menerima watikah pelantikan daripada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam di Wisma Innoprise, hari ini.

KOTA KINABALU: Francis Chong Yu Shing dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP) berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Beliau menerima watikah pelantikan daripada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam di Wisma Innoprise, hari ini.

Francis, 59, memiliki pengalaman selama 37 tahun dalam sektor perkhidmatan awam. 

Sebelum menjadi Pegawai Daerah Penampang, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Kudat dan mengetuai daerah kecil sebagai Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong. 

Joachim berharap Francis bersama jentera kerja MPP akan meningkatkan kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Penampang.

Katanya, MPP mendapat sokongan kuat daripada pihak KKTP.

MPP dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada bulan Oktober tahun ini. 

Turut menerima watikah pelantikan ialah Timbalan Presiden, Noemi Deyna Johntren; Setiausaha, Robert Malangkig dan Timbalan Setiausaha, Andresia A. Lojingau.

1 Comment