104 PTI dihantar pulang ke negara asal oleh JIM Sabah
16:07 Jul 24, 2024  |  By SabahKini2
104 PTI dihantar pulang ke negara asal oleh JIM Sabah

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan membabitkan seramai 78 lelaki dan 21 wanita itu dijalankan dengan kerjasama Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

TAWAU: Seramai 104 pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia dipindahkan dari Pelabuhan Tawau untuk balik ke negara asal, semalam.

Semua PTI terbabit dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan membabitkan seramai 78 lelaki dan 21 wanita itu dijalankan dengan kerjasama Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Selain itu katanya, JIM turut menghantar pulang lima kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 tahun kebawah.

“Ini adalah program pemindahan siri ke-12 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing menggunakan pengangkutan Feri Francis Express.

“Semua PTI berusia lingkungan dua hingga 55 tahun ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

SH Sitti Saleha berkata, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

Sehubungan itu, SH Sitti Saleha berkata, Jabatan Imigresen Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Pemindahan PTI akan dilakukan setelah melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses undang-undang negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara masing-masing.

“Operasi Pemindahan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Sabah,” katanya.

Comment


Sabahan original  | 6 hours ago
Inilah cara sapi,pti akan lebih ramai dri local x lama lagi. Wahai sapi ingat²lh asal usul. Dasar pti puikk!!
burhanuddin | 6 hours ago
syabas dato!! ini yang kita mau hak kita lol
jeng jeng jeng | 6 hours ago
kelima sudah kan penempatan haram PTI, esok-esok ada lagi tu, target sebanyak mungkin .. hehehehe
Annabelle  | 6 hours ago
Inda logic juga dlm gambar tu sudah ready2 tu beg2 tau2 shja rumah terbakar. Sempat kali diorg bawa pakaian diorg tu
Mack | 6 hours ago
Nampaknya layar kapal sedang berlayar mengikut arah angin
Nureza | 6 hours ago
Aduiiii dogo... Dia punya ayat ni kannn... Bukan pilak yg kebakaran rumah tu
Landoi  | 6 hours ago
Pilak ka bkn pilak kaa klw sdh mo kna bg lot n rumah sapa x mo bakar ruma sndiri..kcuali laa rumah tu banglo atw yg rendah skit kos rumah kg2 asal bkn setinggan