Mayat lelaki mereput dalam bilik sewa ditemukan
17:07 Jul 25, 2024  |  By SabahKini2
Mayat lelaki mereput dalam bilik sewa ditemukan

Mayat lelaki berumur lingkungan 30 tahun itu ditemukan dalam keadaan membengkak dan berbau di atas tilam bilik sewanya, kira-kira jam 9 malam Rabu.

KOTA KINABALU: Mayat lelaki ditemukan di dalam sebuah bilik sewa di sebuah premis tingkat dua di Jalan Lorong Haji Yacoob, Kampung Air, di sini selepas penyewa lain terhidu bau busuk dari bilik terbabit.

Mayat lelaki berumur lingkungan 30 tahun itu ditemukan dalam keadaan membengkak dan berbau di atas tilam bilik sewanya, kira-kira jam 9 malam Rabu.

Menurut sumber, penghuni bilik sewa lain di premis berkenaan pada mulanya curiga dengan bau busuk selain ada cecair mengalir dari bilik berkenaan sejak waktu petang hari berkenaan.

“Penghuni kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus premis sebelum membuka pintu bilik dan menemukan mayat lelaki dalam keadaan terbaring di tilam,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan mendapati mangsa adalah pekerja di sebuah restoran yang terletak di tingkat bawah bilik sewanya.

Katanya, penemuan mayat lelaki itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan bedah siasat akan dilakukan hari ini bagi mengetahui punca kematian.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Comment