Apa motif Datuk Ewon Benedick menyerang Ketua Menteri, Menteri Kewangan & Kerajaan GRS? Supaya Upko yang malap relevan? Sebelum ini Masidi sendiri menjelaskan sehingga akhir Julai memandangkan tiada kerjasama MOF Pusat. Upko pernah gagal bersama Warisan
Apa masalah Presiden Upko Datuk Ewon Benedick mengambil jalan ‘populis’ batak perhatian atau ‘terpaling’ hero berjuang isu hak-hak Sabah. Jika pun mewakili Presiden parti berpada-pada juga sebagai seorang Menteri Kabinet Persekutuan dalam Kerajaan Perpaduan khususnya di negeri Sabah. Perangai tikam kawan dalam Upko berterusan hingga kini nampaknya
Presiden Upko itu mendesak kerajaan Sabah menjelaskan kelewatan mengemukakan usul menuntut 40% hasil cukai negeri.
“Sarawak kemukakan usul pada Februari, manakala Upko juga telah kemuka cadangan kepada ketua menteri pada Januari. Kenapa kerajaan negeri tak boleh buat perkara sama?
Saya harap usul akan dikemukakan pada Februari, supaya kita boleh bincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal pada Mei, tetapi ketika mesyuarat itu, Jeffrey berkata, kerajaan negeri hanya akan kemukakan usul pada Jun.
Kenapa mereka hanya kemuka (usul) pada 18 Jun? Saya tak dapat jelaskan bagi pihak mereka. (Jeffrey) kata, tiada kemajuan … kemajuan mesti mula daripada kerajaan negeri. Ini urusan kerajaan dengan kerajaan.
Katanya, usul itu akhirnya dikemukakan sebulan sebelum tarikh akhir 18 Julai, beberapa bulan selepas pihak berkepentingan lain mengemukakan usul mereka.
Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor dan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun sudah berulang kali bertegas menyelesaikan tuntutan 40 peratus.
Ini bukan siapa yang lebih cepat bekerja membuat tuntutan atau Upkolah yang terpaling bekerja. Kerajaan Negeri juga mempunyai sebab-sebab tersendiri yang lebih lengkap untuk mendapat dan menyediakan butiran sebenar tuntutan.
Ia juga bukan sekadar membawa isu ke Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tetapi lebih menyeluruh kerana ini bukan kali pertama pun pelbagai tuntutan di bawa ke dalam jawatankuasa itu namun masih banyak perkara belum selesai.
Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri sendiri menegaskan Kerajaan Sabah tidak akan melepaskan hak -hak perlembagaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas 40 peratus di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Begitu juga Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Kewangan Sabah dalam Sidang DUN Sabah tuntutan telah dibuat dan sehingga tempoh bulan julai sejajar dengan jawatankuasa di Pengerusikan Dato' Seri Fadillah TPM II. Jika tuntutan itu belum selesai maka pada selepas Julai Kerajaan Sabah akan memulakan untuk melantik penafsir bebas mendesak tuntutan hasil 40 peratus itu.
Sekarang masih dalam 26 Julai belum berakhir pun bulan julai. Sama ada tuntutan dimasukkan dalam jawatankuasa ataupun selepas julai melantik penaksir bebas tuntutan tetap perlu dilakukan.
Langkah Kerajaan Pusat sudah boleh dibaca dalam isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah. Setakat yang ada hari ini ialah penyelesaian interim pemberian geran khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk memuktamadkan formula penentuan kadar pemberian yang telah diperuntukkan di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan
Tahun 2019 pun Kerajaan Warisan termasuk UPKO yang ketika itu Datuk Madius dan Ewon sendiri dalam Kerajaan Warisan-Upko bersetuju menerima geran khas daripada RM26.7 juta kepada RM53.4 juta. Dulu mereka gagal dan kini mempersoal pemberian khas dan acah-acah macam penyelesai yang baik.
Setidaknya Kerajaan GRS sekarang dapat meningatkan jumlah interim daripada RM125.6 juta pada 2022, RM260 juta diumumkan pada Januari 2023 kepada RM300 juta pada Julai 2023. Sabah perlu lebih lagi sehingga tuntutan 40 peratus selesai. Tuntutan akan terus dibuat.
ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Pemberian khas RM300 juta hanya penyelesaian interim, tidak hapuskan tuntutan 40 peratus hasil Sabah, Sarawak