Shafie Apdal sendiri tidak berani menyebut nama Dato’ Nik Nazif Nik Zawawi itu di Dewan Rakyat. Hanya ‘Anak Buah’. Betulkah anak buah? malah saman kepada The star mengenai 14 syarikat dan The Money Trail RM48 juta terus senyap
Susulan pendedahan baru-baru ini mengenai 'Dato Nik’ yang dipanggil SPRM sebanyak 18 kali dan bakal didakwa, nampaknya ramai yang berminat mahu tahu siapakah Dato’ Nik Nazif Nik Zawawi yang terkenal itu.
VIDEO: SHAFIE APDAL DI PARLIMEN KLIK
Tentu ramai yang sedar pada tahun lalu, apabila Dato’ Seri Shafie Apdal sendiri mendedahkan di dalam Dewan Rakyat tentang ‘anak buah’ Ketua Menteri yang mendapat tender membina projek loji rawatan air di Sungai Intan Semporna.
Namun tiada siapa yang tahu siapakah Dato’ Nik Nazif Nik Zawawi kontraktor kaya yang sering 'menjual nama' Ketua Menteri Sabah itu. Hari ini rakyat Sabah sudah tahu. Siapapun dia, jika dia terlibat dengan pencurian dana awam wang rakyat di KKLW, maka dia patut dihukum. Tidak kira anak siapa jika ada bukti.
Malah Shafie Apdal sendiri tidak berani menyebut nama Dato’ Nik Nazif Nik Zawawi itu di Dewan Rakyat. Hanya ‘Anak Buah’. Betulkah anak buah? Mengapa? Ada sebabnya.
Pendedahan The star mengenai 14 syarikat dan The Money Trail RM48 juta yang disiasat SPRM mempunyai kaitan dengan adik Shafie Apdal adalah puncanya, di mana syarikat-syarikat Dato’ Nik, Yu Sin Kong sangat berkait dengan Shafie Apdal. Malah Shafie yang mahu menyaman The Star sehingga ke hari ini tidak berani berbuat demikian. Tiada permohonan maaf dan artikel itu kekal hingga kini.
Dato’ Nik Nazif Nik Zawawi memiliki dan menguasai lebih daripada 10 syarikat di bawah kawalannya yang banyak mendapat projek KKLW antara tahun 2009-2015. Antara kekuatan Dato’ Nik Nazif ini adalah, beliau bukan saja akrab dengan menteri dan KSU Kementerian, tetapi juga para pegawai di Kementerian Kewangan. Beliau membayar rasuah kepada semua pegawai utama kerajaan.
Projek loji rawatan air Sungai Intan Semporna yang bernilai RM47.7 juta yang diumumkan Shafie Apdal dalam Dewan Rakyat adalah milik Dato’ Nik Nazif, diberi secara tender terancang untuk Dato’ Nik oleh Shafie Apdal di KKLW.
Anak Saudara Shafie Apdal Dato' Azis Jamman yang juga Ketua Wira menerima wang rasuah dari Sinkong Contructions Sdn Bhd.
Beliau turut direman SPRM
Perancangan, pelantikan konsultan hingga pelantikan syarikat dibuat oleh KKLW.Surat kuasa juga adalah Menteri KKLW- Shafie Apdal
Semakan di SSM menunjukkan penama Syarikat Wilayah Kaya Sdn Bhd adalah saudara Dato’ Nik Nazif iaitu Nik Mohd Syukimi bin Nik Mohd Noor. Beliau juga merupakan pemilik syarikat NMS Perdana Contractor.
Satu lagi syarikat Dato’ Nik Nazif yang terkenal ialah Kontraktor Fokus Niaga Sdn Bhd yang pernah satu ketika dulu terdapat aduan kelewatan menyiapkan projek seperti Projek Naiktaraf Jalan Labuk KM15-KM26, Fasa 1 (6.0KM) bernilai RM 46.44 yang pernah disiarkan dalam blog Sabahkini.
Lain-lain Projek Kontraktor Fokus Niaga Sdn Bhd ialah;
Membina Jalan Dua Hala Di Bandar Lahad Datu, Pakej 1B, Sabah (Bulatan Sri Perdana - PGA Kem Tentera) bernilai RM36.8 juta
Projek Membina Jalan Kota Marudu-Marak Parak- Togop- Melinsau-Poring, Ranau, Sabah (Pakej 2)
Membina Jalan Marak Parak-Togop (30 KM) (Sub-Pakej 1) bernilai RM 10.5 juta.
Termasuk projek Membina Bangunan Kastam Sabah RM61 juta pada tahun 2015.
Dato’ Nik turut membina Projek Sistem Bekalan Air Kanibongan, Pitas, Sabah bernilai RM14.8 juta menggunakan syarikat Fleet Ventures Sdn. Bhd pada tahun 2011.
Ada banyak lagi syarikat di bawah kawalan Dato’ Nik namun kita paparkan yang awal dahulu.
Menurut sumber terdekat Yu Sin Kong pemilik Sin Kong Contructions Sdn Bhd, semua projek Dato Nik yang dijual kepadanya mensyaratkan agar beliau memberi bahagian-bahagian komisen tertentu, kepada pihak-pihak tertentu.
Yu Sin Kong memberitahu bahawa beliau memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dan mendedahkan semua pihak yang terlibat. Yu Sin Kong kecewa kerana beliau yang menjadi mangsa, akaun berisi ratusan juta dibekukan dan berharap selepas selesai kes, beliau akan berehat di luar negara.
Oleh itu serangan Shafie Apdal kepada Dato’ Nik Nazif Nik Zawawi memberi seribu persoalan. Shafie Apdal terima komisen Dato Nik melalui adiknya tetapi menyerang pemberi duitnya.
Projek Loji Air Sungai Intan dirancang dan ditender oleh Dato' Seri Shafie Apdal, bukan Ketua Menteri Sabah. Malah, yang MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (LOA) dan menyediakan dokumen kontrak pelantikan kontraktor bagi Projek KKLW juga adalah Dato' Seri Shafie Apdal.
Jika Dato’ Nik Nazif mendapat projek KKLW, memberi rasuah dan merompak dana rakyat miskin bersama Shafie Apdal di KKLW, jadi tidak menghairankan jika Dato’ Nik hingga kini masih terus membiayai gerakan politik Dato' Seri Shafie Apdal serta menaja beberapa orang politik di Sabah serta berusaha untuk menaikkan adiknya Nik Nadzri Nik Zawawi (yang kini merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Keningau) untuk dinamakan sebagai calon di DUN Liawan, semata-mata untuk melindungi dirinya daripada tekanan SPRM.
Selepas dipanggil SPRM sebanyak 18 kali dan disiasat, andai pun beliau mengaku bersekongkol dengan Shafie Apdal, ianya tidak memungkinkan Dato' Nik Nazif akan selamat daripada pertuduhan rasuah!
SPRM sudah pasti tidak akan memilih bulu pada bukti depan mata. Jadi wajar SPRM mendakwa beliau sekali.