Kes palsu dokumen UMS, penjara 3 tahun mahkamah tangguh keputusan rayuan akhir Presiden KDM Peter Anthony
05:08 Aug 02, 2024  |  By SabahKini2
Kes palsu dokumen UMS, penjara 3 tahun mahkamah tangguh keputusan rayuan akhir Presiden KDM Peter Anthony

Ini rayuan terakhir Peter. Sebelum ini telah ditolak. Peter sepatutnya menjalani hukuman penjara tiga tahun. Setakat denda RM50,000 Peter boleh membayar dengan mudah. Peluang Peter bertanding dalam PRN sangat tipis. Parti KDM pasti berkubur!

Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan bekas menteri pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman kesalahan memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Nicholas Kow Eng Chuan dan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Kita akan menetapkan tarikh lain untuk keputusan, kata Ahmad Zaidi yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Azmi Ariffin.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Ogos ini untuk pengurusan kes.

Ini rayuan terakhir Peter selepas Mahkamah Tinggi pada 18 April tahun lepas menolak rayuannya mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022. Bagaimanapun, Adun Melalap itu telah membayar denda.

Peter, sebagai pengarah urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014 mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, Kow berhujah, tuduhan terhadap anak guamnya adalah cacat atas alasan tiada tandatangan pendakwa raya di kertas tuduhan yang dibacakan kepada Peter ketika didakwa.

Menurutnya, kertas tuduhan perlu ditandatangani oleh pendakwa raya selaras dengan peruntukan Seksyen 172 Kanun Tatacara Jenayah.

“Pendakwaan menghujahkan bahawa peruntukan itu hanya terpakai untuk kes di Mahkamah Tinggi sahaja, sebaliknya kes Peter dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Namun kami berhujah bahawa pelaksanaan undang-undang mesti sama kerana peruntukan ini mesti diguna pakai di mahkamah rendah, kata peguam itu.

Wan Shaharuddin pula berkata, ketiadaan tandatangan pada kertas tuduhan tidak membawa kepada salah laksana keadilan.

Katanya, tuduhan yang dikemukakan sama ada asal atau dipinda telah dibaca dan diterangkan kepada Peter.

Perayu juga memahami tuduhan yang dibacakan kepadanya, maka ketiadaan tandatangan pada kertas pertuduhan hanyalah satu ketinggalan yang tidak boleh dianggap sebagai salah laksana keadilan, katanya.

Peter merupaka Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) pada november 2022 PRN Sabah tidak layak mencalonkan bertanding dalam pilihanraya kerana kesnya ketika itu sedang berjalan.

Ketika Langkah Kinabalu Peter berpaling tadah dan menyokong Bung dan Shafie Apdal untuk menjatuhkan Datuk Seri Haji Hajiji Ketua Menteri Sabah

Peter sangat terdesak untuk melepaskan dari kes mahkamah dan pelbagai siri rayuan dibuat untuk menolak pertuduhannya.  Peter perlu memenangi rayuannya kerana perlu menyertai Pilihanraya Negeri DUN ke 17 tahun depan.

Oleh kerana Datuk Peter dan parti KDM jenis tikam belakang maka sebaiknya Kerajaan GRS dan pusat perlu menyingkirkan Peter dengan segala cara. Tangguhkan kes lebih lama atau cepatkan Keputusan untuk mengekalkan hukuman Datuk Peter sebelum ini.

3 Comments