Hajiji jadi saksi tiga pembayaran dividen
16:08 Aug 08, 2024  |  By SabahKini2
Hajiji jadi saksi tiga pembayaran dividen

Pengerusi Eksekutif ICSB Datuk Jasnih Daya menyampaikan cek replika kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong bagi pihak Kerajaan Negeri.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan tiga pembayaran dividen bagi tahun berakhir 2023 di Menara Kinabalu di sini, semalam.

Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) membayar dividen sebanyak RM3.5 juta kepada syarikat induknya, Yayasan Sabah.

Pengerusi Eksekutif ICSB Datuk Jasnih Daya menyampaikan cek replika kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong bagi pihak Kerajaan Negeri.

Jasnih turut menyerahkan cek replika pembayaran dividen sebanyak RM147 juta daripada ICSB kepada pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Majlis penyampaian dividen kedua ialah daripada Angkatan Hebat Sdn Bhd kepada Qhazanah Sabah Berhad, berjumlah RM4.681 juta.

Pengerusi Angkatan Hebat Sdn Bhd Datuk Rahim Ismail menyerahkan cek replika itu kepada Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusuf Yacob disaksikan oleh Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dalam majlis sama, Hajiji turut menyaksikan penyampaian dividen daripada Saham Sabah Berhad (SSB), berjumlah RM7.3 juta kepada Kerajaan Negeri.

Cek replika daripada SSB disampaikan oleh pengerusinya Datuk Rusdin Riman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Comment