Mangsa wanita berumur 62 tahun itu didapati pitam ketika melakukan aktiviti mendaki di bukit dan pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak menurunkan mangsa dengan menggunakan stretcher.
KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas pitam semasa menjalankan aktiviti mendaki Bukit Padang di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pasukan bomba melaksanakan tindakan pantas ke lokasi bagi membantu mangsa sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi.
“Mangsa wanita berumur 62 tahun itu didapati pitam ketika melakukan aktiviti mendaki di bukit dan pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak menurunkan mangsa dengan menggunakan stretcher.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 8.03 pagi.