Mukmin Nantang pejuang 'Pilak'PTI ditahan ceroboh kawasan Sabah Parks
05:08 Aug 15, 2024  |  By SabahKini2
Mukmin Nantang pejuang 'Pilak'PTI ditahan ceroboh kawasan Sabah Parks

Mukmin Nantang ditahan lagi. Mukmin meneruskan misi setinggan, stateless, pejuang PTI dan rakyat tiada IC di Sabah. Kerajaan perlu tegas tahan dan dakwa segera di mahkamah. Kali ini ceroboh kawasan Sabah Parks

Mukmin Nantang ditahan

Semalam media melaporkan pihak berkuasa telah menangkap pejuang ‘Pilak’ Mukmin Nantang pengasas NGO haram Borneo Komrad dan empat budaknya di Pulau Bodgaya, Semporna.

Mereka ditahan kerana didakwa mengganggu operasi pengusiran “penduduk haram” atau dikenali ‘Pilak’ di Taman Marin Tun Sakaran di Semporna.

Ini bukan kali pertama Mukmin Nantang bersama NGO Borneo Komradnya menghalang penjawat awam melaksanakan tugas kerana sebelum ini mereka juga aktif menghalang perobohan rumah setinggan di sekitar Kota Kinabalu, menjadi dalang demo haram air UMS dengan membawa budak-budak warga asing tanpa kad pengenalan pada bulan Jun lalu

ARTIKEL BERKAITAN - [VIDEO] Selepas palauh,setinggan PTI, Mukmin Nantang bos Borneo Komrad tunggang mahasiswa UMS demo isu air

ARTIKEL BERKAITAN - [VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air

 

 [VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air

Mukmin ditahan penguatkuasa kira-kira jam 11.30 selepas dibawa ke Pejabat Sabah Parks.

Operasi pengusiran warga ‘Pilak’ sangat perlu  memandangkan mereka tidak punya dokumen kewarganegaraan dan menduduki penempatan secara haram yang boleh merosakkan alam sekitar di kawasan Taman-taman Sabah. Mereka bukan Bajau Laut warganegara tetapi PTI atau warga yang diberi IC di zaman Warisan atau Shafie Apdal sebagai MP Semporna.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna Fauzi Abd Kadir mengesahkan penahanan itu oleh penguatkuasa Esscom dan Taman-taman Sabah bagi tujuan dokumentasi dan siasatan.

 

Pendakwaan segera kepada Mukmin Nantang ‘Pejuang Pilak’ PTI

Rakyat Sabah tulen menggesa kerajaan mesti mengambil tindakan tegas terhadap pengasas Borneo Komrad Mukmin Nantang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Kerajaan perlu beri pengajaran. Jika tidak bertegas pasti ada NGO dan Parti Malaya seperti Parti Sosialis Malaysia ambil kesempatan memperalatkan Mukmin Nantang untuk menghalalkan isu PTI, 'Stateless', Palauh, kerakyatan dan setinggan

Dakwa segera ke mahkamah Mukmin Nantang Pengasas Borneo Komrad 'dalang' seludup PTI demo UMS

Mukmin Nantang yang beraliran sosialis sejak di kampus UMS bukan asing dalam dunia demonstrasi haram di Sabah malah beliau suka ditangkap untuk mendapat sokongan politik. Sikapnya lebih menyerlah dalam demo perhimpunan #KamiMahuAir selepas  membawa 8 orang warga asing Filipina tanpa sokongan dokumen menyertai demo anjuran mahasiswa UMS. Malah setiap kali sesi perobohan setinggan di Sepanggar dan Kota Kinabalu mereka terlibat membantu. Mereka menyokongan penyambangunan haram elektrik dan air yang menjejaskan UMS. 

Mukmin membawa ‘Pilak’ PTI  adalah satu kesalahan yang jelas. Kerajaan tidak wajar bertolak ansur lagi. dengan insiden seperti ini. Ini bukan kali pertama Mukmin Nantang menghasut rakyat seperti isu Palauh, warganegara tanpa negara (Stateless) dan setinggan. Beliau akan menggunakan apa sahaja isu rakyat yang boleh menguntungkan kumpulannya.

Oleh itu pihak polis dan penguatkuasa lain jangan tangkap saja, dakwa segera supaya Mukmin Nantang melalui proses mahkamah dan membayar kos guaman perbicaraan.  

Menceroboh kawasan Taman-taman Sabah adalah kesalahan yang jelas. Apa lagi yang Taman-taman Sabah tunggu?

 ARTIKEL BERKAITAN- Dakwa segera ke mahkamah Mukmin Nantang Pengasas Borneo Komrad 'dalang' seludup PTI demo UMS

 

 

 

 

2 Comments