Tony Fernandes mengaku Air Asia baru bayar RM170 juta daripada RM300 juta hutang kepada SD Bank yang dilulus Shafie Apdal
11:08 Aug 15, 2024  |  By SabahKini2
Tony Fernandes mengaku Air Asia baru bayar RM170 juta daripada RM300 juta hutang kepada SD Bank yang dilulus Shafie Apdal

Shafie larang keras SD Bank beri hutang kepada syarikat Malaya tapi beri hutang kepada Air Asia RM300 juta kerana lobi kawan. Bernasib baik Air Asia keluar dari hutang dan mampu bayar hutangnya. Namun bagaimana syarikat lain sejak Mei 2018 -september 2020

Disaat syarikat berada dalam kerugian, berstatus PN17 dan hampir muflis Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes mengaku hutang kepada SD Bank telah menyelamatkannya.

Hari ini Kumpulan AirAsia mengesahkan telah membayar balik lebih RM170 juta daripada RM300 juta yang dipinjam daripada Sabah Development Bank.

Shafie Apdal Ketua Menteri Warisan  pada tahun 2019 melarang keras SD Bank memberi pinjaman kepada syarikat Malaya demi mengutamakan pinjaman syarikat dan rakyat Sabah sahaja namun kerana kemanisan mulut kroni Shafie Apdal Datuk Ambrose Lee sebagai orang tengah akhirnya pada tahun 2020 Shafie memberi kebenaran meminjamkan RM300 juta kepada Air Asia walaupun ketika itu perintah kawalan pergerakan akibat wabak COVID-19 melanda

Air Asia ketika itu  berada dalam bahaya untuk ditutup dan sedang berunding dengan para pemiutangnya. Maka ramai mengkritik kewajaran meluluskan pinjaman disaat SD Bank juga bergelut dengan kerugian.

Tony dalam ucapannya mengaku pinjaman RM300 juta itu membolehkan syarikat penerbangan itu bertahan dalam perintah berkurung selama dua tahun dan  merupakan langkah baik untuk mereka dengan bantuan SD Bank.

“Kami telah membayar pinjaman sehingga RM170 juta dan akan terus membayar balik pinjaman dalam tempoh dua tahun akan datang. Kami juga membayar faedah RM69 juta,” katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu.

“Kami membayar faedah RM69 juta jadi ia adalah satu tawaran yang bagus. Kami bukan sahaja menyelamatkan AirAsia tetapi kami terus membawa orang ramai dan membenarkan pelancongan diteruskan.

"Kami telah menjadi pelanggan yang baik dan membayar balik pinjaman tanpa perniagaan yang bukan-bukan, jadi ia adalah perniagaan yang baik untuk kedua-duanya," kata Tony.

Beliau menjelaskan sebahagian daripada pinjaman RM300 juta itu digunakan untuk membangunkan kemudahan Teleport, termasuk kemudahan setor sejuk di Sabah, aplikasi baharu kumpulan itu bernama Move dan AirAsia.

“Kami boleh mempunyai ketelusan penuh, CFO (ketua pegawai kewangan) saya boleh memberi penerangan penuh mengenai pinjaman itu. Tidak ada apa-apa kontroversi, ia adalah perjanjian perniagaan yang baik untuk kedua-dua pihak,” katanya

Pada tahun 2020 pinjaman SD Bank kepada Air Asia diluluskan sebelum PRN Sabah pada September 2020. Laporan berita mengenai pinjaman itu menimbulkan beberapa kontroversi sebagai "usaha berisiko" untuk bank milik kerajaan yang dibebani hutang.

Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang garang mengenai hutang kepada syarikat Malaya tiba-tiba menikus dan memuji-muji Air Asia sebagai langkah memberi manfaat kepada Sabah. Namun ramai melihat ia satu perjudian dan trial error sama ada SD Bank boleh untung atau rugi.

Di atas kertas SD Bank tidak ‘berhemat’ memberi pinjaman kepada Air Asia kerana peminjam Tunggal terbesar ketika itu dilihat boleh menjejaskan SD Bank.

Berdasarkan sorotan kewangan 2019 media melaporkan sebagai tidak berhemat meluluskan RM300 juta;

- Pinjaman RM300 juta berbanding jumlah pendapatan SDB sebanyak RM476.39 juta.

- Pinjaman RM300 juta berbanding keuntungan sebelum cukai SDB sebanyak RM149.4 juta.

- Pinjaman RM300 juta berbanding keuntungan tahunan SDB sebanyak RM105.92 juta.

- Pinjaman RM300 juta berbanding modal saham SDB sebanyak RM562 juta.

- Pinjaman RM300 juta berbanding rizab SDB sebanyak RM598.69 juta.

- Pinjaman RM300 juta berbanding jumlah dana pemegang saham SDB sebanyak RM1160.60 juta.

- Pinjaman RM300 juta berbanding jumlah aset SDB sebanyak RM7160.96 juta.

SD Bank bernasib baik Air Asia yang kini Capital A Bhd berjaya keluar dari kerugian yang dahsyat hampir melingkupkan Air Asia ketika pendemik Covid-19. Air Asia juga dapat membayar hutangnya RM170 juta dan bakinya sedang dibayar beberapa tahun lagi.

 

Isu SD Bank dimainkan Shafie jadi ' senjata makan tuan'

Bagaimanapun isu baharu yang dibangkitkan oleh Shafie Apdal mengenai SD Bank telah membuka pekung lebih besar.

Bukan hanya setakat hutang Air Asia tahun 2020 tetapi hutang lain yang diluluskan Shafie Apdal dan CEO SD Bank sejak mei 2018 hingga September 2020 menunjukkan betapa teruknya pentadbiran Shafie Apdal mengurus hutang SD Bank.

BACA ARTIKEL - SD Bank: Terbongkar Shafie luluskan Sukuk RM10B, lupus RM178 juta hutang CASH Bhd milik Datuk Ambrose Lee, peminjam NPL diberi hutang baru!

TONTON VIDEO SD BANK

Bermacam tuduhan isu Sukuk RM900 juta. Rupanya ketika Shafie Ketua Menteri beliau meluluskan Sukuk 10b tetapi gagal. Hanya RM1 juta dilanggan. Alasan yang sama bayar hutang SIP dengan sukuk. Tapi bila kerajaan GRS buat dengan RM900 juta terlebih langgan Shafie dan Warisan kata ini skandal! Wal hal memberi manfaat kepada anak syarikat kerajaan Sabah termasuk SD Bank.

Hutang NPL tinggi terkumpul hampir RM200 juta daripada syarikat dalam industri petroleum, pertanian, perkilangan dan pembinaan. Satu daripada hutang diberi kepada Sabah Forest Industries Sdn Bhd hampir RM 100 juta bermula 9 Julai 2019 akhirnya syarikat digulung dan hutang RM93.8 juta kekal tidak berbayar.

Lebih jahat ialah hutang NPL milik kroni dilupuskan bernilai RM178 juta. Syarikat itu milik kroni Datuk Shafie Apdal Datuk Joseph Lee Yok Min @Ambrose Lee iaitu CONSTRUCTION AND SUPPLIES HOUSE BHD (CASH). Shafie masih gagal menjawab isu ini sehingga kini.

Begitu juga syarikat NPL diberi hutang lagi. Dari Johor hingga ke Selangor. Syarikat dari Johor yang berhutang RM500 juta dan berstatus NPL diberi lagi Pinjaman Baru sebanyak RM172 juta pada 23 Ogos 2019. Sebuah syarikat milik taikun cina dua beradik di Selangor sudah NPL dan hutang tertunggak lebih RM700 juta diberi lagi hutang baru pada 21 julai 2020.

Satu lagi syarikat dari Selangor TSA Land Sdn Bhd mendapat kelulusan hutang SD Bank pada 5 September 2012 Zaman Musa namun mendapat pinjaman kali kedua pada 11 Jun 2018 sebulan selepas Kerajaan Warisan memerintah berjumlah RM138 juta. Bagaimana Shafie Apdal membenarkan CEO SD Bank menambah hutang wal hal sebelum ini gagal membayar hutangnya?

Shafie kata ini bukan duit baru tetapi syarikat diberi hutang baharu.

Hari ini Shafie Apdal malu sendiri bermain isu SD Bank. Berdegar-degar sekali kantoi sekarang beliau tidak mahu bermain isu SD Bank lagi. Sebab itu beliau tergagap-gagap di sidang DUN malu sendiri

Mengapa kerana bila dikorek pencapaian Mei 2018 hingga September 2020 beratus juta lebur di tangannya. Cerita Zaman Tan Sri Musa Aman jadi Ketua Menteri beri pinjaman kepada syarikat Malaya itu satu cerita tetapi isunya ialah pinjaman yang Shafie luluskan Mei 2018 hingga September 2020 bila SPRM nak siasat dan bertindak?

Apapun untuk Air Asia bayar yang dah bayar RM170 juta dan terus membayar hingga kini adalah kerana pengurusan SD Bank sekarang yang memantau pembayaran.Kejar syarikat berhutang, heret ke mahkamah syarikat culas dan rampas aset.

Kalau Shafie Apdal Ketua Menteri jika ada Datuk Ambrose Lee pasti dia akan minta lupuskan saja. Tak perlu bayar!

Terdapat sumber Air Asia cuba membuat pinjaman baharu namun tidak diluluskan oleh Kerajaan Sabah

Namun jika Air Asia beri Sabah 5 atau 7 kapal terbangnya kepada Sabah kita patut setuju untuk kurangkan kos penerbangan rakyat Sabah pulang ke Sabah...

 

 

 

10 Comments