Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima pada jam 6.50 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota serta pegawai ke lokasi.
KOTA KINABALU: Pasukan bomba membersihkan tumpahan cecair merkuri selepas termometer pecah di Terminal Penerbangan Minyak Petronas Jalan MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima pada jam 6.50 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota serta pegawai ke lokasi.
“Cecair merkuri itu tumpah di luar bangunan terminal dan pasukan bomba dengan set pakaian pelindung diri (PPE) lengkap bertindak membersihkan tumpahan merkuri menggunakan ‘chemical binder’.
“Sisa merkuri kemudian dimasukkan kedalam plastik dan diserahkan kepada pihak keselamatan bangunan bagi tujuan pelupusan,” katanya sambil menambah tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kes ini.
Beliau berkata, selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 7 pagi.
Selasa lalu, pasukan bomba turut membersihkan tumpahan berbahaya sama selepas kejadian termometer pecah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St.John Tuaran.