Kemalangan di Jalan Lahad Datu – Tawau, satu maut dua parah
19:08 Aug 23, 2024  |  By SabahKini2
Kemalangan di Jalan Lahad Datu – Tawau, satu maut dua parah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, mangsa yang maut berumur 54 tahun manakala dua lagi individu parah masing-masing berumur 20 dan 27 tahun.

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut manakala dua lagi individu mengalami kecederaan parah selepas terbabit kemalangan di Jalan Lahad Datu- Tawau, di kawasan Dewata di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, mangsa yang maut berumur 54 tahun manakala dua lagi individu parah masing-masing berumur 20 dan 27 tahun.

Katanya, sepasukan pegawai serta anggota digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11 malam Khamis.

“Semasa ketibaan pihak bomba di lokasi, terdapat tiga mangsa terlibat dalam kemalangan kereta jenis sedan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam, bagaimanapun seorang mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala kedua-dua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Tambahnya, operasi ditamatkan jam 11.20 malam.

Comment