Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan penemuan itu berkata, remaja berkenaan ditemukan di kawasan Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman pada 1 pagi.
TAWAU: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan penemuan itu berkata, remaja berkenaan ditemukan di kawasan Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman pada 1 pagi.
"Remaja terbabit sekarang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut," katanya ringkas ketika dihubungi menerusi WhatsApp, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan kehilangan pelajar tingkatan tiga, Nur Humaira Syafiqah selepas dia tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang Jumaat lalu.
Kehilangan mangsa yang mesra dengan panggilan 'Maira' itu, hanya diketahui kakaknya, Ayu Naldi, 39, selepas menghubungi seorang rakan sekolah adiknya yang memaklumkan Nur Humaira tidak hadir ke sekolah pada hari kehilangan.
Dia kemudian berkongsi di media sosial mengenai kehilangan adiknya dan merayu orang ramai agar membantu mengesan adiknya, selain membuat laporan polis.