Apa tuntutan palsu lebih RM2.5 bilion 1BestariNet sehingga SPRM serbu pejabat YTL?
12:09 Sep 05, 2024  |  By SabahKini2
Apa tuntutan palsu lebih RM2.5 bilion 1BestariNet sehingga SPRM serbu pejabat YTL?

Kes tertangguh lama, 2019 pegawai KPM dedah kerugian projek 1Bestarinet. Projek dibawa Adlan Berhan ini banyak kali diselamatkan Tan Sri Muhyiddin pada fasa 1. Dr Madzlee dipecat kerana tamatkan kontrak YTL. Namun kini tahun 2024 SPRM bertindak

Akhirnya selepas sekian lama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan semula ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011. Ini ibarat membangunkan singa yang sedang tidur.

Difahamkan, siasatan itu bermula selepas SPRM membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL di ibu negara semalam. 

"Hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita dan SPRM sedang mengkaji bagi mengenal pasti saksi yang akan dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan.

"Siasatan menjurus kepada dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion," menurut sumber itu.

Fokus siasatan SPRM juga adalah menjurus kepada elemen jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang bakal pencen tahun ini mengesahkan kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009. Nampaknya Hishammudin berani membuka kes mengenai YTL yang semua tahu sangat kebal dan baru-baru ini membeli semua kepentingan Ranhill. Ranhill kini milikYTL!

Pendedahan kerugian rakyat guna YTL

Pada 15 Mac 2019 Sabahkini2 mendedahkan butiran semua kontrak YTL dengan KPM yang jelas memberi kerugian besar dalam perbelanjaan yang tidak berpatutan untuk projek substandard rakyat menyebabkan kesusahan di pihak kerajaan sejak 8 tahun yang lalu, tetapi juga secara tak langsungnya telah menghapuskan sama sekali industri-industri kecil dan sederhana tempatan dalam bidang pendidikan Malaysia, sekaligus melenyapkan ribuan peluang pekerjaan. Memonopoli perbekalan rangkaian internet berkelajuan rendah (30Mbps) ini kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran merugikan rakyat. 

Artikel di bawah menjelaskan semua butiran kontrak dan penetapan harga merugikan kerajaan dan rakyat

ARTIKEL BERKAITAN- Skandal 1Bestarinet: YTL untung ratusan juta bil bulanan tak masuk akal, kerajaan rugi, rakyat derita

 

Skandal 1Bestarinet: YTL untung ratusan juta bil bulanan tak masuk akal, kerajaan rugi, rakyat derita

Pelaksanaan fasa 1 yang teruk sebenarnya sudah boleh ditamatkan. Bagaimanapun kerana YTL mempunyai 'kabel'yang besar KPM tidak dapat menyingkirkan mereka malah memberi lagi sambungan projek ke fasa seterusnya.

1Bestarinet berjaya melepasi tapisan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) pada Mac 2015 dan kekal menjadi pembekal rangkaian internet dengan harga yang terlalu tinggi kepada Kementerian Pelajaran, walaupun perkhidmatan perisian e-Pembelajaran tersebut sudah agak ketinggalan zaman.

 

Umum mengetahui pada asalnya projek ini di bawa oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dan menantunya Adlan Berhad. Pelaksanaan 5 tahun pertama sangat teruk. Kontrak pertama ditandatangani pada 7 Mei 2012. Projek itu lewat serah sehingga tempoh siap melanggar klausa32.3kontrak sepatutnya kontrak batal dan rampas bon serta tiada denda laewat. Semuaya arahan Tan Sri Muhyiddin.

Analisis dibuat hakikatnya sangat mengejutkan! Harga yang dikenakan adalah terlalu tinggi serta tidak sepadan dengan perkhidmatan yang diberi. Ia semakin menjadi jelas selepas inventori produk akhir diaudit. Adalah sangat tidak logik jika difikirkan bagaimana persetujuan boleh dicapai dengan harga yang setinggi itu.

Menurut sumber itu lagi, fasa kedua kontrak itu yang meliputi tempoh antara Jun 2016 hingga Jun 2019, bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan Internet untuk pengguna akhir pada kadar caj sebanyak RM130 sebulan bagi setiap Mbps kepada makmal komputer di sekolah-sekolah. Ini bermakna bahawa pada 6Mbps, setiap sekolah akan dicaj RM782 sebulan, untuk 10Mbps pula setiap sekolah dikenakan caj RM1,304 dan untuk 15Mbps sebanyak RM1,955.

 

Penetapan harga yang terlalu tinggi ini membolehkan YTL mengaut keuntungan mudah sebanyak RM300 juta setahun, hanya dengan membekalkan perkhidmatan talian internet pada tahap sekadarnya kepada makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh negara. Ada banyak lagi perincian meragukan. 

Ketika itu tiada siapa dalam kerajaan menamatkan kontrak YTL dan 1Bestarinet yang sudah pasti menguntungkan kroni tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat susah di luar bandar. Keuntungan YTL dengan pulangan 21,350% namun rakyat kena bodoh-bodohkan. 

 

Ringkasan  Kronologi Terperinci Projek YTL boleh dibaca di sini;

Apapun projek YTL telah tamat kontrak 30 Jun 2019. Ia menyebabkan Dr Mazlee diarah meletak jawatan pada januari 2020 susulan protes Tan Sri Muhyiddin kepada Dr Mazlee kepada Tun M PM 7 ketika itu. 

ARTIKEL BERKAITAN- YTLC tamat kontrak 30 Jun 2019, bukan ditamatkan KPM kata KSU KPM

ARTIKEL BERKAITAN- Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM

Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM

 

LAGI PROJEK YTL DIMARKUP RM1.003B!

Dan lebih malang YTL yang teruk ini kembali mendapat projek dalam Kerajaan PN-BN ketika Tengku Zafrul menteri kewangan dan Tan Sri Annuar Musa Menteri Komunikasi projek Gentian Optik KKMM Zon Sabah RM 946.5 juta!

21 September 2022 Sabahkini2 telah mendedahkan dari 7 projek ini Projek Region Sabah sangat tidak telus kerana kawtim dengan Syarikat YTL Communications Sdn Bhd dan menganaktirikan syarikat daripada Sabah yang layak dan menang tender di KKMM

ARTIKEL BERKAITAN- 1Bestarinet RM4.4B gagal, kini Tengku Zafrul bersekongkol dengan YTL rompak Projek Gentian Optik KKMM Zon Sabah RM 946.5 juta!

Sekalipun perubahan kerajaan berlaku kepada PH -BN tender gentian optik itu tidak pernah dibatalkan.  Betapa kuat kabel YTL. Dan sangat mengejutkan Kos YTL Communications Sdn Bhd dari RM 946,546,605.00 hampir RM1 bilion melonjak  lebih RM50 juta harga kontrak kepada RM1,003,339,401.30. Mengapa?. Apakah  Apakah Zafrul dan Tan Sri Annuar Musa Menteri KKMM bersekongkol di belakang memilih YTL? Apakah ini satu usaha membalas budi atau menutup kerugian YTL yang ditamatkan sebelum ini? 

ARTIKEL BERKAITAN- PM wajar batal Projek Gentian Optik Zon Sabah kepada YTL di ‘mark up’ dari RM 946.5 juta kepada RM1.003B!

 

PM wajar batal Projek Gentian Optik  Zon Sabah kepada YTL di ‘mark up’ dari RM 946.5 juta kepada RM1.003B!

 

 

Agaknya SPRM akan menyiasat penuh kes YTL ini? Beranikah Datuk Hishammudin Pengarah Siasatan SPRM melakukannya disaat akhir perkhidmatannya. Apa  akan jadi selepas ini? Kes ditutup atau Hishammudin melingkup?

3 Comments