Hajiji terima kunjungan hormat Duta Perancis di Sri Gaya
15:09 Sep 05, 2024  |  By SabahKini2
Hajiji terima kunjungan hormat Duta Perancis di Sri Gaya

Cruau mengetuai delegasi Perancis bertemu dengan Hajiji untuk memberi taklimat mengenai kehadiran Kapal Tentera Perancis yang sedang berlabuh di Sepanggar.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bertemu Duta Perancis ke Malaysia Axel Cruau di Sri Gaya di sini.

Cruau mengetuai delegasi Perancis bertemu dengan Hajiji untuk memberi taklimat mengenai kehadiran Kapal Tentera Perancis yang sedang berlabuh di Sepanggar.

Pada masa sama, kunjungan ini bagi memberi maklumat terkini berkenaan perkembangan Club Med, iaitu hotel peranginan yang sedang dalam pembinaan di Kuala Penyu.

Hadir sama mengiringi Cruau ialah Timbalan Kaunselor Ekonomi Beatrice Di Piazza, Konsul Kehormat Perancis di Sabah Laurence Leizerovici dan Pengurus Besar Club Med Malaysia dan Singapura Oliver Monceau.

Comment