Kontrak Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM616.4 juta dimenangi Central Global
16:09 Sep 06, 2024  |  By SabahKini2
Kontrak Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM616.4 juta dimenangi Central Global

Kontrak itu telah meningkatkan nilai perolehan kontrak dalam tangan dengan ketara sebanyak 456 peratus berjumlah RM751.5 juta dan dijangka memberikan aliran hasil yang stabil dalam tempoh tiga setengah tahun.

KUALA LUMPUR: Central Global Bhd memperoleh kontrak Lebuhraya Pan Borneo Sabah bernilai RM616.4 juta.

Central Global dalam satu kenyataan berkata. anak syarikat milik penuhnya, RYRT International Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Pembinaan Urusmesra Sdn Bhd untuk kerja-kerja subkontrak bagi pembekalan loji, mesin, tenaga kerja dan bahan untuk pembinaan dan penyiapan projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B di Sabah, bermula dari pintasan Lahad Datu ke Kampung Sandau di bawah pakej kerja 22.

Projek itu dijangka bermula pada 30 September 2024 dan berakhir pada 29 Mac 2028.

Kontrak itu telah meningkatkan nilai perolehan kontrak dalam tangan dengan ketara sebanyak 456 peratus berjumlah RM751.5 juta dan dijangka memberikan aliran hasil yang stabil dalam tempoh tiga setengah tahun.

"Ini adalah petunjuk kukuh keupayaan kumpulan ini untuk melaksanakan dan menyiapkan projek mega ini.

"Kami bersikap optimistik dan menantikan penganugerahan projek pada masa depan menerusi nilai tender Central Global dianggarkan berjumlah RM3.7 bilion," kata Pengarah Urusan Kumpulan Chew Hian Tat.

Comment