Kemenangan Mutlak Malaysia: Sabah hampir tergadai kepada Sulu kerana kebodohan Shafie dan Tommy Thomas
10:09 Sep 07, 2024  |  By SabahKini2
Kemenangan Mutlak Malaysia: Sabah hampir tergadai kepada Sulu kerana kebodohan Shafie dan Tommy Thomas

JJika bukan kerajaan sekarang dan GRS, Sabah sudah lama jatuh ke tangan Sulu. Apa mereka buat ketika berkuasa? Surat Tommy Thomas Bekas AG kepada Sulu hampir menjual Sabah kepada Filipina. Tahniah Azalina Menteri yang bekerja keras. Tahniah Hajiji

Akhirnya kebenaran terbukti. Kerajaan Malaysia memperoleh kemenangan akhir yang penting semalam apabila Mahkamah Agung Belanda menolak rayuan difailkan pihak Sulu terhadap Malaysia.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said mengesahkan keputusan Mahkamah Agung Belanda itu sekali gus menamatkan cubaan pihak yang menuntut itu untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah mereka terhadap Malaysia di Belanda.

"Keputusan luar biasa Mahkamah Agung Belanda ini menyokong keputusan dibuat Mahkamah Rayuan The Hague pada 27 Jun 2023.

"(Keputusan dibuat Mahkamah Rayuan The Hague) mengangkat usaha Malaysia mencabar permohonan pihak yang menuntut itu di Belanda bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan 'Final Award' diberikan Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022," katanya melalui muat naik di Facebook rasminya

Melalui Final Award itu, Stampa selaku penimbang tara Sepanyol yang secara kontroversi mengarahkan Malaysia membayar AS$14.92 bilion (RM70.19 bilion) kepada pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

Lapan warga Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu juga dilaporkan cuba menyita aset syarikat minyak negara Petronas di Luxembourg dan Belanda, selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Stampa didapati bersalah kerana menghina mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Mahkamah Sepanyol melarang Stampa daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.

Malaysia memfailkan aduan terhadap Stampa bersama-sama Pendakwa Raya Sepanyol atas alasan beliau menghina mahkamah apabila berulang kali mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Sepanyol dan meneruskan tindakannya berhubung Award Akhir di negara lain.

 

Isu tuntutan Sulu terhadap Sabah

Kronologi tuntutan Sulu terhadap Sabah begitu panjang namun kerana kesilapan Tommy Thomas Peguam Negara ketika itu dalam Kerajaan PH.01 bersama Kerajaan Warisan Shafie Apdal dalam surat Peguam Negara tahun 2019 menjadi punca kepada tuntutan RM63 bilion Sulu itu.

ARTIKEL BERKAITAN- Surat Peguam Negara PH Tommy Thomas 2019 punca tuntutan RM63 bilion Waris Sultan Sulu terhadap Sabah

Surat Peguam Negara PH Tommy Thomas 2019 punca tuntutan RM63 bilion Waris Sultan Sulu terhadap Sabah

 

Sebelum itu umum tahu Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan mesra dengan pemimpin Sulu sehingga dasar pemerintahan mereka mesra dengan bangsa kesultanan Sulu itu. Malah bukan lagi rahsia hubungan baik Shafie Apdal dengan Kerajaan Filipina ketika itu sehingga sanggup mengiktoraf tuntutan Filipina terhadap Sabah.

ARTIKEL BERKAITA- Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah

ARTIKEL BERKAITA- Bekas KM, Shafie Apdal iktiraf tuntutan Filipina punca Waris Sultan Sulu berani tuntut Sabah

 

Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah

 

Tahun 2022 ketika surat Tommy Thomas terdedah dan tular jelas semua menyalahkan Kerajaan PH.01,Tommy Thomas dan juga Kerajaan Warisan yang bersekongkol gagal menyelesaikan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Ketika itu Shafie Apdal,bekas Menteri dan timbalan Menteri kabinet warisan kelam kabut menjawab isu seolah-olah mereka tidak tahu kewujudan surat Tommy Thomas itu. 

Dua MP Warisan yang juga bekas Timbalan Menteri(tidak masuk mesyuarat kabinet), Datuk Azis Jamman (Sepanggar) dan Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) mendakwa mereka tidak mengetahui berhubung surat tersebut dan mempersoalkan sama ada ia mendapat kebenaran Kabinet semasa dihantar kepada peguam kerajaan Sulu tersebut. Tiba-tiba mereka berpura-pura tidak tahu.

ARTIKEL BERKAITAN- Bekas Menteri, MP Warisan mengaku tak tahu surat bekas AG Tommy Thomas kepada Waris Sultan Sulu

Bekas Menteri, MP Warisan mengaku tak tahu surat bekas AG Tommy Thomas kepada Waris Sultan Sulu
3 Bekas Menteri Warisan yang masuk mesyuara kabinet pun tiba-tiba tidak tahu surat Tommy.
Paling tidak logik Menteri Undang-undang VK Liew  daripada Parti Warisan. Azis Jamman dan Isnaraissah
terus melalak. 

Bukti kebodohan MP Warisan juga jelas ketika itu dirakamkan dalam
kenyataan media mereka di Dewan Rakyat

 Lebih buruk lagi pada Julai 2022 Shafie Apdal juga mengesahkan tidak tahu surat Tommy Thomas. Shafie Apdal menyalahkan Tommy dan bukan kesalahannya.

ARTIKEL BERKAITAN- Selepas Menteri Warisan Shafie Apdal pula tidak tahu surat Tommy Thomas kepada waris Sulu

 

Selepas Menteri Warisan Shafie Apdal pula tidak tahu surat Tommy Thomas kepada waris Sulu

 

Nampak tak bagaimana Kerajaan Warisan ketika itu menyebabkan Negeri Sabah dalam keadaan bahaya sehingga hampir terjual kepada Kesultanan Sulu. 

Seperti kata Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah Roger Chin bahawa surat Tommy menyukarkan Sabah dan menyebabkan lebih tersepit. Lebih dari 10 kali surat Thomas dipetik ketika hakim timbang tara Gonzalo Stampa yang menang kes.

Selepas itu Shafie Apdal di dewan rakyat acah-acah pula bertanya kepada Dato' Seri Azalina siapa pengkhianat Sulu dimaksudkan. Siapa makan cili dia rasa pedasnyalah.

Siapa dalang Sulu?bukan
keluarga Shafie juga ke?

 

Berikut adalah kronologi kes membabitkan Kumpulan Sulu:

22 Januari 1878 - Dua perjanjian dimeterai oleh Sultan Mohamet Jamal Al Alam (Sultan Sulu) dengan Baron de Overbecak & Alfred Dent (Perjanjian 1878) yang antara lain menetapkan bahawa Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara dan sebagai balasan, Sultan Sulu serta dan warisnya akan menerima bayaran wang serahan 5,000 dolar setahun.

1903 - Perjanjian dimeterai oleh kedua-dua pihak bagi pengesahan beberapa pulau di luar lingkungan sembilan batu nautika dari pantai Pulau Borneo sebagai kawasan yang turut diserahkan dalam Perjanjian 1878 dengan penambahan 300 dolar menjadikan jumlah keseluruhan wang serahan sebanyak 5,300 dolar setahun.

1936 - Sultan Sulu mangkat dan tiada lagi Sultan Sulu yang diiktiraf oleh Kerajaan Filipina.

1939 - Warga Filipina yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu telah memperoleh perintah Mahkamah Tinggi Borneo bahawa waris keturunan Sultan Sulu yang telah dikenal pasti berhak menerima wang serahan di bawah Perjanjian 1878. Mahkamah Borneo Utara memutuskan bahawa terdapat sembilan waris yang berhak menerima wang serahan seperti yang disenaraikan dalam Macaskie Judgement 1939.

1963 - Kerajaan telah meneruskan pembayaran wang serahan itu apabila Sabah menyertai Persekutuan Malaysia.

2013 - Pembayaran wang serahan itu telah dihentikan oleh Kerajaan Malaysia pada 2013 selepas insiden serangan Lahad Datu di Sabah.

1 Februari 2018 - Pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu (Penuntut) telah memfailkan permohonan kepada Superior Court of Justice di Madrid, Sepanyol untuk melantik penimbang tara.

22 Mei 2019 - Mahkamah Sepanyol telah melantik Stampa, penimbang tara antarabangsa yang berpusat di Madrid, untuk mengendali tuntutan itu.

30 Julai 2019 - Penuntut mengemukakan Notis Timbang Tara melalui Kedutaan Malaysia di Madrid.

19 September 2019- Surat Tommy Thomas Peguam Negara digunakan waris Kesultanan Sulu 

14 Januari 2020 – Mahkamah Tinggi Sabah telah mengeluarkan Perintah yang memutuskan antara lain bahawa Perjanjian 1878 tidak mempunyai peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya, penimbang tara tiada bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibawa oleh Penuntut Sulu dan forum yang layak untuk mendengar perkara itu ialah Mahkamah Tinggi Sabah.

6 November 2020 - Jemaah Menteri bersetuju Kerajaan Malaysia melantik peguam antarabangsa melalui Jabatan Peguam Negara bagi membantu memberikan khidmat nasihat perundangan dan pandangan bebas.

29 Jun 2021 - Mahkamah Tinggi Madrid membuat keputusan yang berpihak kepada Kerajaan Malaysia dan seterusnya membatalkan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara. Kesan keputusan itu telah membatalkan semua aturan dan perintah yang dibuat oleh Stampa sebelum dan selepas keputusan tersebut.

13 Oktober 2021 - Mahkamah Tinggi Madrid memutuskan bahawa Award Awal mengenai Bidang Kuasa yang dibuat oleh Stampa adalah tidak sah dan terbatal selaras dengan keputusan mahkamah sama pada 29 Jun 2021.

28 Februari 2022 - Stampa telah mengeluarkan Award Akhir berjumlah AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu terbabit. Award itu bagaimanapun memutuskan isu kedaulatan Sabah.

3 Mac 2022 – Kerajaan memfailkan permohonan untuk membatalkan Award Akhir di Mahkamah Paris, Perancis bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan Malaysia terpelihara.

10 Mac 2022 - Peguam UK sangkal dakwaan Peguam Negara mengenai identiti waris Sultan Sulu- Peguam UK guna surat Bekas Peguam Negara Tommy Thomas sebagai hujah

10 Mac 2022 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-Undang) berkata kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan serta prosiding timbang tara berkaitan arahan pembayaran pampasan itu kepada Kumpulan Sulu yang diputuskan oleh Stampa.

12 Julai 2022 – Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Award Akhir itu.

24 Januari 2023 - Mahkamah Luxembourg membuat keputusan yang memihak kepada Malaysia selepas mengetepikan perintah sitaan aset yang dimohon oleh Kumpulan Sulu berdasarkan dua award timbang tara dikeluarkan oleh Stampa.

25 Januari 2023 - Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan kumpulan itu berhubung pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara bagi mendengar tuntutan mereka. Kesannya ialah tiada tindakan lain boleh diambil di hadapan Mahkamah Sepanyol kerana ia adalah keputusan muktamad dan tiada apa-apa rayuan yang boleh dibuat selepas itu.

2 Februari 2023 - Mahkamah Perlembagaan Sepanyol mengekalkan pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu.

16 Februari 2023 - Agensi berita Reuters mengeluarkan laporan bertajuk Petronas units in Luxembourg seized again in AS$14.9 bilion arbitration dispute yang menyebut bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu terhadap dua anak syarikat Petronas di Luxembourg. Ini susulan permohonan Kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan Award Akhir yang mereka peroleh terhadap Malaysia.

17 Februari 2023 - Azalina berkata Malaysia tidak menerima sebarang notis rasmi berkaitan perintah sitaan aset di Luxembourg oleh Kumpulan Sulu.

17 Februari 2023 - Petronas menyifatkan tuntutan Kumpulan Sulu itu sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang.

16 Mac 2023 - Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia di Perancis pada 12 Julai 2022 berhubung penguatkuasaan Award Akhir itu.

30 Mac 2023- Susulan Mahkamah Rayuan kekalkan penggantungan diperoleh Mlaaysia, Kerajaan Sabah melalui Ketua Menterinya Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor terus bertegas tidak akan iktiraf tuntutan waris kumpulan Sulu.Kerajaan negeri menyokong segala usaha Kerajaan Pusat

6 Jun 2023 - Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan perintah membenarkan Malaysia mencabar award yang dikeluarkan Stampa dalam kes tuntutan Sulu dan mendapati penimbang tara itu telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.

27 Jun 2023 - Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan Kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Award Akhir di negara itu.

30 Jun 2023 - Azalina dalam sidang media Malaysia-Kes Sulu di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia berkata negara bertindak ofensif dan tidak menolak kemungkinan menyaman Kumpulan Sulu susulan kerugian yang dialami Malaysia gara-gara tindakan undang-undang yang diambil oleh mereka.

6 November 2023 - Mahkamah Perancis membatalkan perintah bagi gadai janji berkanun yang dibuat terhadap bangunan diplomatik kerajaan Malaysia di Paris oleh Kumpulan Sulu.Mahkamah sama turut merekodkan penarikan balik oleh kumpulan itu dalam prosiding rampasan aset terhadap bangunan yang sama.

11 Disember 2023- Pertuduhan jenayah ke atas penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa

8 Januari 2024- Gonzalo Stampa, penimbang tara Sepanyol dipenjara 6 bulan

9 Januari 2024- Malaysia menamatkan tuntutan 'Final Award' yang dikeluarkan penimbang tara Sepanyol, selepas Dr Gonzalo Stampa dan kumpulan Sulu didapati bersalah menghina mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara

14 Februari 2024 - E-buku "Sulu Fraud vs Malaysia's Truth" dilancarkan di Brussels

                                                                               (E-BOOK) “Sulu Fraud vs. Malaysia's Truth” 

 

24 Jun 2024 - Kerajaan mengumumkan buru dalang dan pengkhianat beri maklumat kepada pihak penuntut Kesultanan Sulu

6 September 2024- Kerajaan memperoleh kemenangan akhir yang penting apabila Mahkamah Agung Belanda menolak rayuan difailkan pihak Sulu terhadap Malaysia.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata keputusan Mahkamah Agung Belanda itu sekali gus menamatkan cubaan pihak yang menuntut itu untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah mereka terhadap Malaysia di Belanda.

"Keputusan luar biasa Mahkamah Agung Belanda ini menyokong keputusan dibuat Mahkamah Rayuan The Hague pada 27 Jun 2023.". 

24 Jun 2024-  Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor menegaskan kemenangan akhir kukuhkan kedaulatan Sabah 

 

 

6 Comments