Kemenangan Malaysia ke atas tuntutan Kumpulan Sulu
15:09 Sep 09, 2024  |  By SabahKini2
Kemenangan Malaysia ke atas tuntutan Kumpulan Sulu

Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata kemenangan Malaysia di Makahmah Agung Belanda ke atas rayuan kumpulan Sulu adalah berita baik buat seluruh rakyat Sabah.

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menzahirkan ucapan tahniah atas komitmen dan usaha Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu serius memastikan segala tuntutan pihak luar ke atas Sabah dapat dinoktahkan segera.

Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata kemenangan Malaysia di Makahmah Agung Belanda ke atas rayuan kumpulan Sulu adalah berita baik buat seluruh rakyat Sabah.

“Keputusan ini membuktikan bahawa Sabah berdaulat dalam Malaysia. Ia sekali gus menamatkan tuntutan dari Kumpulan Sulu yang Sabah tidak pernah iktiraf sejak dari awal lagi.

“Kejayaan ini merupakan hadiah istimewa buat rakyat Sabah sempena Sambutan Hari Sabah dan Hari Malaysia 2024, “ katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Arthur memberitahu PBRS akan terus menyokong segala usaha yang dilakukan kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia dilindungi setiap masa.

“Terima kasih kerana sentiasa mempertahankan kedaulatan Sabah dalam Malaysia, “ katanya.

Comment