Sabah terima sumbangan RM2 juta daripada LIGS
17:09 Sep 24, 2024  |  By SabahKini2
Sabah terima sumbangan RM2 juta daripada LIGS

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor oleh Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong bersama Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya.

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri.

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor oleh Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong bersama Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya semasa mengadakan kunjungan hormat di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Menurut Sabdil, jumlah sumbangan itu meningkat sebanyak 33 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM1.5 juta.

Katanya, sumbangan ini adalah berdasarkan prestasi kewangan LIGS yang baik pada tahun 2023 dan manifestasi semangat LIGS untuk berkongsi hala tuju untuk membangunkan Sabah.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Konsul Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo di pejabatnya, hari ini.

Aris yang sebelum ini bertugas sebagai salah seorang Direktor Badan Pembinaan Ideologi Pancasila Republik Indonesia (The Pancasila Ideology Development Agency) menggantikan Ibu Heni Hamidah.

Comment