Maritim Malaysia tahan kapal tangka bawa 8,000 liter petrol tanpa kebenaran
16:09 Sep 26, 2024  |  By SabahKini2
Maritim Malaysia tahan kapal tangka bawa 8,000 liter petrol tanpa kebenaran

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, pihaknya mengesan sebuah kapal tangki dalam keadaan mencurigakan sedang menuju ke Telukan Sandakan.

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah kapal tangki membawa 8,000 liter petrol tanpa surat kebenaran yang sah, baru-baru ini.

Kapal tangki itu ditahan Maritim Malaysia Zon Sandakan dalam Op Pluto/Op Khas Cegah PATI (OCP) dan Op Tiris kira-kira jam 4 pagi.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, pihaknya mengesan sebuah kapal tangki dalam keadaan mencurigakan sedang menuju ke Telukan Sandakan.

Katanya, hasil pemeriksaan, kapal itu dikendalikan oleh seorang warga tempatan berusia 72 tahun dibantu lima anak kapal warga tempatan dan warga asing berusia berusia 33 hingga 41 tahun.

“Siasatan lanjut, kapal tangki berkenaan membawa 8,000 liter petrol tanpa surat kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa.

“Kapal tangki berkenaan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, semua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Muhamad Suhairy berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara diminta menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan.

“Maklumat boleh disalurkan di talian 089-229504 atau hubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya.

Comment