Sabah pertimbang cadangan model ekonomi baharu oleh SEAC
16:09 Sep 27, 2024  |  By SabahKini2
Sabah pertimbang cadangan model ekonomi baharu oleh SEAC

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penyelidikan itu akan dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan bagi melakukan kajian terhadap modal ekonomi baharu Sabah oleh Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penyelidikan itu akan dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah.

"Kita terbuka dengan cadangan untuk membangunkan ekonomi negeri ke arah lebih baik," katanya ketika menerima taklimat mengenai cadangan itu di sini.

Beliau juga menyeru SEAC untuk melakukan penyelidikan lebih teliti dengan melibatkan semua kementerian di Sabah serta pemegang taruh.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong, Pengerusi SEAC Tan Sri David Chu serta para ahlinya, Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr Kasim Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif IDS  Datuk Dr Ramzah Dambul dan pegawai-pegawai kanan dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri.

Comment