Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan terbabit, namun keadaan penyanyi itu dilaporkan baik.
BEAUFORT: Penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim, 64, cedera akibat kemalangan jalan raya di Jalan Kinamas di sini, petang semalam.
Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan terbabit, namun keadaan penyanyi itu dilaporkan baik.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata lima mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dapat keluar sendiri dari kenderaan masing-masing.
Sebanyak 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort tiba di tempat kejadian pada 5.34 petang untuk membantu mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 petang.
“Dua mangsa dalam kenderaan MPV dan tiga dalam pacuan empat roda telah dihantar ke hospital oleh orang awam.
“Tindakan pasukan bomba hanya mengambil maklumat dan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.