Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia
16:10 Oct 03, 2024  |  By SabahKini2
Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia

Heinecke adalah pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia dan memegang jawatan Penolong Setiausaha Pertama Bahagian Melanesia Pasifik.

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Tinggi Australia baharu ke Malaysia Danielle Heinecke mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.

Heinecke adalah pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia dan memegang jawatan Penolong Setiausaha Pertama Bahagian Melanesia Pasifik serta pernah berkhidmat di Timor-Leste, Indonesia dan Papua New Guinea.

Heinecke juga telah berada di Sandakan pada Ogos lalu untuk Hari Peringatan Sandakan.

Heinecke diiringi Konsul Kehormat Australia ke Sabah Datuk Andrew Sim, Setiausaha Kedua, Suruhanjaya Tinggi Australia Gabriela Brand dan Pengurus Program Suruhanjaya Tinggi Australia, Mahirah Marzuki.

1 Comment