Hajiji terima taklimat dari PAC sempena lawatan kerja ke Sabah
19:10 Oct 03, 2024  |  By SabahKini2
Hajiji terima taklimat dari PAC sempena lawatan kerja ke Sabah

Pada pertemuan itu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai lawatan kerja PAC ke Sabah.

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang diketuai Pengerusinya Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.

Pada pertemuan itu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai lawatan kerja PAC ke Sabah yang bermula 29 September lalu, termasuk lawatan ke tapak projek menaik taraf air Sandakan dan Tawau.

Ahli delegasi PAC terdiri daripada 11 ahli Parlimen lain iaitu Vivian Wong (Sandakan), Dato' Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah), Theresa Kok (Seputeh), Haji Azli Yusof (Shah Alam), Dato' Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Dato' Mohad Isam Mohad Isa (Tampin), Dar Hajah Halima Ali (Kapar), Datuk Ali Anak Biju (Saratok), Ahmed Tarmizi Suleiman (sic), TS Zeher Hasan (Wangsa Maju) dan Dr Richard Rapu (Betong).

Comment