Ketua BBP Ranau, Penolong Penguasa Bomba Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1.16 tengah hari dan sepasukan anggota bersama jentera digerak ke lokasi berjarak 32 kilometer.
RANAU: Lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok di kebunnya di Kampung Tarawas, di sini, hari ini.
Yambun Godsung, 67, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1.16 tengah hari dan sepasukan anggota bersama jentera digerak ke lokasi berjarak 32 kilometer.
"Menurut laporan awal mangsa dihempap pokok ketika menjalankan aktiviti memotong pokok di kebun dan kematiannya disahkan petugas Kementerian Kesihatan," katanya ketika dihubungi.
Anggota menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi ditamatkan pada 2.30 petang," katanya.