Sapu Pan Borneo RM788.3 juta, monopoli 'flyover' skandal jalan 'hantu' Majlis Daerah ke Azam Jaya Berhad!
18:10 Oct 04, 2024  |  By SabahKini2
Sapu Pan Borneo RM788.3 juta, monopoli 'flyover' skandal jalan 'hantu' Majlis Daerah ke Azam Jaya Berhad!

Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd kini disenarai Bursa Malaysia sebagai Azam Jaya Bhd. Maka berbilion senarai projek diumumkan. Siapa tak kenal Azam Jaya? dari Pan Borneo, puluhan flyover hinggalah projek jalan hantu Majlis Daerah mereka sapu..

Syarikat pembinaan infrastruktur jalan raya Sabah, terkenal kuda VVIP 'surat kuning' dan belaan Shafie Apdal kerajaan Warisan sebelum ini Azam Jaya Bhd dimiliki Tan Sri Joseph Loh  Tain Foh  memeterai perjanjian taja jamin dengan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd sempena tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Nampaknya bekas  taukeh strawberry night club Kota Kinabalu terkenal itu kini semakin kaya untuk menyenaraikan syarikatnya Azam Jaya di Bursa Malaysia.

Azam Jaya memaklumkan sebagai syarikat pengalaman lebih 30 tahun dan membina lebih daripada 50 projek, termasuk lebuh raya, jambatan dan terowong.

Pada masa ini, kumpulan itu dengan segala ‘kabel’ yang ada masih mempunyai sembilan projek pembinaan yang sedang dijalankan, semuanya dianugerahkan oleh Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Sabah sebuah agensi lubuk projek Azam Jaya selain Kementerian Kemajuan Desa dan Wiayah (KKDW). Pelbagai pihak di Sabah berkata syarikat ni pemegang' surat kuning' di Sabah. 

Projek-projek yang diumumkan Azam Jaya ialah Lebuhraya Pan Borneo, menaik taraf jalan lintas Kota Kinabalu termasuk tiga persimpangan  bertingkat (Fasa 2) dan pelbagai projek jalan luar bandar.

Sehingga 31 Ogos 2024, projek pembinaan yang sedang berjalan ini mempunyai nilai kontrak yang belum dibilkan (buku pesanan) kira-kira RM1.45 bilion. Hebat juga Azam jaya melobi sehingga mampu memegang projek dalam tangan lebih RM1 bilion. 

 

AZAM JAYA: Datuk Lo Vun Che @ Jessica, Tan Sri Joseph Loh  Tain Foh dan Datuk Jonathan Lo Chaw

Pengarah Eksekutif Azam Jaya, Datuk Lo Vun Che @ Jessica berkata penyenaraian itu akan membuka kunci sumber yang lebih besar dan fleksibiliti kewangan, membolehkan kumpulan itu meningkatkan lagi keupayaan pembinaannya dan mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu pemain infrastruktur jalan raya utama di Sabah.

“Pembangunan infrastruktur adalah penting untuk membuka peluang ekonomi di Sabah dengan meningkatkan kesalinghubungan dan memudahkan pengembangan perdagangan. Pembinaan berterusan Lebuhraya Pan Borneo bersedia untuk meningkatkan landskap infrastruktur Sabah dengan ketara.

"Memandangkan penglibatan kami dalam projek itu, kami optimis mengenai potensi untuk turut serta dalam fasa masa depan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. 

"Di samping itu, kami akan membuat tender untuk infrastruktur jalan raya berskala besar lain dan projek jalan luar bandar memandangkan usaha menaik taraf dan membina jalan dan jambatan di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu juga menyasarkan untuk mengembangkan kumpulan jentera dan peralatannya supaya kurang bergantung kepada subkontraktor, membantu mengurus garis masa dan kualiti projek dengan lebih baik.

Azam Jaya dijadualkan disenaraikan di Pasaran Utama pada November 2024, dengan Inter Pacific sebagai penasihat utama, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal untuk pelaksanaan IPO

Kepada bakal pembeli saham Azam Jaya sebelum  beli kenal dahulu siapa Azam Jaya. Seruan Azam Jaya membuat tender untuk infrastruktur jalan raya berskala besar itu bermaksud projek lobi yang dia dapat dari 'surat kuning' VVIP Sabah. Kabelnya akan terus kuat tetapi jika tiada lagi kabelnya dalam tempoh terdekat syarikat ini akan terpaksa mencari 'kabel' lain untuk monopoli projek terutama Projek Pan Borneo yang berskala besar dan Jejambat atau jambatan. Azam Jaya boleh jadi berjaya dengan cara lobinya tetapi boleh jadi melingkup pada masa depan.

Lawan Azam Jaya ialah taikun mesapol Sipitang Chong Babi  yang monopoli pakej borneo dan juga kumpulan Jutaya Liew dan Nik Nazif (Fleet Venture) yang banyak juga didedahkan dalam portal ini. 

AZAM JAYA MILIK KELUARGA

Azam Jaya Bhd adalah IPO milik keluarga kerana semua anak-anak Tan Sri Joseph Loh  Tain Foh lembaga pengarah atau pemain dalam syarikat ini. Anak -anak pula semua diberi gelaran Datuk. Maklumlah ada 'surat kuning'.

Hari ini seorang lagi anak Tan Sri Joseph Lo bernama Johannes Lo diberikan anugerah 'Datuk' walaupun  baru berumur 38 tahun. Apa agaknya jasa dia kepada  negeri Sabah? Jadi kontraktor buat jalan maka itu satu jasa walaupun semua projek itu dibayar kerajaan berbilion ringgit?  Dari bapa Tan Sri sampai ke anak-anak dapat datuk. Agaknya tahun depan anak-anak sebagai Pengarah Syarikat dalam Azam Jaya Bhd semua dapat Datuk. 

Tahun 1986 umur 38 tahun diberi datuk. Apa sumbangan anak Tan Sri Joseph Lo ni?

 

Hanya pengarah di beberapa syarikat milik bapa saja dah diberi datuk

 

Kontroversi Azam Jaya

Siapa tidak kenal Azam Jaya? Banyak laporan kontroversi disiarkan oleh Sabahkini2 mengenai syarikat ini. Pada tahun 2020 ketika skandal JKR Menteri Warisan Datuk Peter Anthony RM1.5 bilion Syarikat Pembinaan Azam Jaya adalah satu dari syarikat yang mendapat rundingan terus itu iaitu melalui anak syarikatnya Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd dengan kontrak Konsesi RM500 juta. 

4 konsesi Peter Anthony terkenal seperti dibawah. Konsesi penyelenggaraan Azam Jaya- Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd  itu di beri Zon Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

 

Markup melampau!. RM203,981 perKM oleh Azam Jaya

 Datuk Lo Vun Che @ Jessica pengarah
Borneo Nabalu Builders dan
Pengarah Eksekutif Azam Jaya Bhd

 

BUKTI JESSICA PENGARAH BORNEO NABALU BUILDERS

Syarikat rugi....tapi kabel emas...

Syarikat rugi tetapi JKR Sabah boleh lantik laksana projek RM500 juta ataupun RM100 juta setahun bagi 490.24KM. Harga projek 'markup' mereka sangat luar biasa iaitu RM203,981 perKM, selenggara tak dibuat tapi tuntutan bayaran sejak sebelum PRN telah dibuat (Dibawah). Bukti 300 ribu gambar diberikan kepada SPRM penyewengan itu. Tapi kerana 'kabel VVIP'nya SPRM Sabah tidak berani bertindak.

Apa jadi kepada 4 konsesi ini termasuk syarikat Azam Jaya? Sepanjang tahun 2020 dan 2021 Kerajaan Negeri telah membuang RM154.5 juta kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony dan Warisan ini. Projek ini panas, SPRM juga masuk menyiasat tapi semua syarikat dilindungi ketika itu.

BACA ARTIKEL - Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah

Daripada semua ini Kerajaan Sabah terpaksa membayar selenggaraan 1755 'Jalan Hantu' atau jalan tidak wujud dengan kos RM145.1 juta. 3 Bulan selepas PRN Sabah para pegawai JKR dan MOF membayar hampir RM45 juta. 

BACA ARTIKEL : Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni

Mengapa SPRM Sabah tidak menyiasat pembayaran  jalan hantu atau 'Ghost Road' yang dibayar kepada konsesi kerana disahkan pegawai JKR Sabah itu? 1755 jalan atau 2210 kilometer panjang jalan. Jalan tanpa nama ini ditemui dalam beberapa Majlis Perbandaran dan Daerah di 27 Daerah di Sabah. Paling banyak di kawasan Majlis Perbandaran Sandakan (450 jalan), Tawau (450 jalan), Beaufort (153 jalan), Lahad Datu (144 jalan). Selebihnya daerah-daerah lain. 


 Apa nama 2210 KM jaan tidak bernama yang di claim oleh konsesi termasuk Azam Jaya? 

Ir Max Chong pegawai JKR ketika itu memasukkan jalan hantu tanpa nama dalam permohonan perbelanjaan selenggara jalan JKR di bawah kuasanya malah dan membayar tuntutan bayaran itu sejak tahun 2020.  Lebih 8000 kilometer jalan selenggara JKR namun sebenarnya hanya 6072 kilometer sahaja yang wujud. Bakinya 2210 KM tidak diketahui jalan apa. 

APA AZAM JAYA &  BORNEO NABALU BUILDERS BUAT?

Syarikat ini teribat 637 jalan hantu dengan 450 jalan dikesan di Majlis Perbandaran Tawau dan Lahad Datu 144 jalan. Panjang jalan ialah 1003.484 kilo meter dengan anggaran kerugian Kerajaan Sabah ialah RM79,493,082.34. Mengapa agaknya Pegawai JKR memperbanyakkan Nabalu Builders dan Azam Jaya  jalan hantu? Disitu ada projek besar disitu senang nak bayar wang!

 

 

Semakan bayaran konsesi kepada Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd lebih luar biasa kerana selepas PRN Sabah pada 26 September 2020, Konsesi Nabalu mendapat SECARA PUKAL RM21.9 JUTA pada 19 Oktober 2020. Bagaimana mereka boleh dibayar sebanyak RM 21.9 juta? Apa agaknya mereka buat di Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak? Mengapa Azam Jaya dibayar paling banyak berbanding syarikat lain? 

Sabahkini2 boleh menyebutkan bukti butiran bayaran, akaun bank, baucar, nombor perbendaharaan dan nilai-nilai bayaran sebenar wujudnya skandal ini. Jika Azam Jaya  mencabar kesahihan Sabahkini2 boleh dedahkan segala bukti bayaran untuk tatapan rakyat. Biar rakyat nilai sendiri siapa Azam Jaya!

 

Gambar-gambar yang dihantar kepada SPRM jelas konsesi ini tidak pun membuat kerja. Tapi..

 

 

Januari 2021 Sabah dikejutkan dengan keretakan struktur Jejambat (Flyover) Luyang bernilai RM300 juta. Kelam kabut Azam Jaya membetulkan kerosakan itu yang menjejaskan teruk nama Azam Jaya.

BACA ARTIKEL - ‘Flyover’ Luyang Azam Jaya RM300 juta dibangga Peter Warisan retak, mana SPRM?

 

 

 ‘Flyover’ Luyang Azam Jaya RM300 juta dibangga Peter Warisan retak, mana SPRM?

 

Rakyat ketika itu mempersoalkan bagaimana projek yang baru dilancarkan itu retak. Apakah bahan kurang berkualiti, faktor alam dan mungkin rasuah. Projek  dilaksana secara Reka dan Bina retak namun Azam Jaya tidak mahu menanggung kerugian tetapi memohon peruntukan tambahan RM13 juta bagi kerja-kerja membaiki dan mengukuhkan jejambat ini. Tapi itulah Azam Jaya 'Kabel' besar dia pasti akan memaksa JKR menanggung semua kos.

PUNCA BANJIR PENAMPANG

Isu banjir di Penampang sering dikaitkan dengan pembinaan jalan, jejambat malah sambungan projek Jalan Pan Borneo. Azam Jaya turut membina Pakej 6 Pan Borneo bernilai RM788 juta dari Putatan ke Inanam. Azam Jaya  selama ini sangat kebal dengan teguran. Siapa kerajaan tetap untung namun Kerajaan Warisan telah mengemukan mereka.   Azam Jaya bijak membeli jiwa wakil rakyat. Banjir tak banjir mereka tak kisah.

 

Blackout angkara Azam Jaya

Satu lagi punca blackout di Kota Kinabalu mengundang kemarahan ialah  Syarikat Azam Jaya punca 'Blackout'. Azam Jaya setiap bulan menyebabkan gangguan bekalan elektrik kerana kerja-kerja pengorekan kontraktor. Azam Jaya tidak pernah efisien bab keselamatan dan sering kali memandang mudah asalkan kerja kontrak mereka siap, untung berjuta. Korek dan merosakkan kabel elektrik perkara tidak penting buat Azam Jaya.

Azam Jaya punca 78 kes 'blackout' SESB, kebal saman dipayungi VVIP Istana Negeri?

BACA ARTIKEL : Azam Jaya punca 78 kes 'blackout' SESB, kebal saman dipayungi VVIP Istana Negeri?

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengesahkan perangai tidak bertanggungjawab Azam Jaya yang terlalu banyak berulang kali dilakukan. Bayangkan menurut SESB sebanyak 78 kes korekan dilakukan oleh Azam Jaya serta tindakan undang-undang dibuat tetapi  Azam Jaya terlalu kebal. Antara yang pernah kontroversi sekitar Jalan Universiti Malaysia Sabah berhadapan dengan Alam Mesra.

Syarikat lain jika 78 kes pengorekan menyebabkan blackout mungkin dah lama pemiliknya masuk penjara. Tapi Azam Jaya mereka mampu melawan di mahkamah dengan wang berjuta. Laporan media mengenai 'dajal' pengorekan ini juga banyak sangat dilaporkan tapi Azam Jaya masih seperti itu juga. Media pun dah muak melaporkan kedegilan Azam Jaya ini.  Tiada siapa berani menyentuh mereka. surat 'Kuning' mereka panjang berjela untuk projek negeri. Biar putus 'kabel' di jalan menyebabkan 'blackout' jangan putus kabel atasan.

AZAM JAYA - Ke Bursa Malaysia

Selepas Azam Jaya membedal projek di Sabah kini Azam Jaya bermain di kolam lebih besar di pasaran saham. Beliau mahu memerah duit rakyat dan pelabur pula.

IPO Azam Jaya diumumkan termasuk penerbitan awam 78.8 juta saham baharu yang membentuk 15.8% daripada jumlah modal sahamnya, dan penjualan 50 juta saham sedia ada, mewakili 10% daripada modal sahamnya.

Sebanyak 25 juta saham baharu akan tersedia kepada orang ramai Malaysia melalui undian. Selain itu, 10 juta saham akan diperuntukkan kepada pengarah, pekerja dan penyumbang yang layak kepada kejayaan kumpulan.

Baki 43.8 juta saham baharu dan 50 juta saham sedia ada akan ditawarkan kepada pelabur institusi dan terpilih melalui penempatan persendirian.

Menurut perjanjian taja jamin itu, Inter Pacific akan menaja jamin 35 juta saham terbitan yang disediakan kepada peruntukan borang awam dan merah jambu Malaysia.

Apakah saham 'Kabel Surat Kuning' Sabah ini akan mendapat sambutan? Mampukah Tan Sri Joseph Loh Tain Foh dan anaknya mahu bermain spekulasi saham meraih untung atau bakal melingkupkan Azam Jaya? Sama-sama melihat prestasi Azam Jaya. Dunia pasaran saham dunia yang kejam dengan manipulasi ketika itu 'kabel Surat Kuning' pun tidak berguna lagi. Apakah dengan memberi semua gelaran 'Datuk' kepada anak maka saham Azam Jaya akan mencanak naik? Rakyat perlu tahu siapa pemilik Azam Jaya  yang bolot projek lebih RM1.5 bilion ini. 

2 Comments