Lima orang terkorban Taufan Krathon di utara Filipina
18:10 Oct 04, 2024  |  By SabahKini2
Lima orang terkorban Taufan Krathon di utara Filipina

Angin kencang dan hujan lebat melanda wilayah pulau Batanes, Wilayah Ilocos, kawasan pergunungan Cordillera, dan Lembah Cagayan menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh.

MANILA: Lima orang terkorban selepas Taufan Krathon melanda utara Filipina, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan agensi bencana negara pada Jumaat.

Seramai empat mangsa maut di Wilayah Ilocos, kebanyakannya akibat lemas, manakala seorang lagi maut akibat terkena renjatan elektrik di Lembah Cagayan.

Angin kencang dan hujan lebat melanda wilayah pulau Batanes, Wilayah Ilocos, kawasan pergunungan Cordillera, dan Lembah Cagayan menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh.

Ratusan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan mencari tempat perlindungan.

Kerosakan infrastruktur dianggarkan melebihi 700 juta peso (US$12.7 juta), manakala kerugian pertanian melebihi 300 juta peso.

Comment