Juhar terima anugerah Penaung Kehormat AFEO
16:10 Oct 07, 2024  |  By SabahKini2
Juhar terima anugerah Penaung Kehormat AFEO

Juhar merupakan penerima ketiga dari Malaysia selepas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ketujuh, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas pada tahun 2015 dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018.

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima Anugerah Penaung Kehormat daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO).

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Pengerusi AFEO dan Presiden Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), Ir Professor Dr. Jeffrey Chiang Choong Luin diiringi oleh Pengerusi IEM Sabah, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan mantan Pengerusi IEM Sabah, Datuk Ir. Willy Chin Tet Fu.

Hadir sama dalam majlis ringkas di Istana Seri Kinabalu ialah isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, pada Isnin.

Jeffrey ketika ditemui media berkata anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan pembangunan sosial, ekonomi dan kejuruteraan Sabah di bawah kepimpinan Juhar dan berharap agar penganugerahan itu dapat menarik pelbagai inisiatif terutama dalam bidang kejuruteraan ke negeri ini.

Comment