Hajiji mempengerusi mesyuarat pindaan RUU Kewarganegaraan
15:10 Oct 11, 2024  |  By SabahKini2
Hajiji mempengerusi mesyuarat pindaan RUU Kewarganegaraan

Hajiji bersama dan lapan Ahli Parlimen telah diberi taklimat oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Organisasi Kementerian Dalam Negeri, Mimmi Suriati Mat Khalid, mengenai perkara berkenaan di Sri Gaya, hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Pre-Council bagi membincangkan pindaan perlembagaan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kewarganegaraan yang akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen yang akan datang.

Hajiji bersama dan lapan Ahli Parlimen telah diberi taklimat oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Organisasi Kementerian Dalam Negeri, Mimmi Suriati Mat Khalid, mengenai perkara berkenaan di Sri Gaya, hari ini.

Ahli Parlimen yang hadir ialah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Armizan Ali (Papar), Datuk Shahelmey Yahya (Putatan), Datuk Jonathan Yassin (Ranau), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan), Datuk Matbali Musa (Sipitang), Datuk Lo Su Fui (Tawau) dan Riduan Rubin (Tenom).

Turut hadir ialah Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh.

Comment