KOTA KINABALU: ConocoPhillips Malaysia yang diketuai oleh Presidennya, Lisa Bruner, bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.
Hadir sama Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.
ConocoPhillips adalah sebuah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang terlibat dalam penerokaan di perairan Sabah.
Bersama Lisa adalah Pengurus Besar, Pertumbuhan dan Aset WL4-00, Ian Lim serta Pengurus Besar Aset KBB, Ian Ramshaw.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SMJ Energy, Dr. Dionysia Kibat dan Pegawai Eksekutif Huluan, Albert Lo serta Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh.