Prabowo angkat sumpah sebagai Presiden Indonesia ke-8 Ahad ini
15:10 Oct 15, 2024  |  By SabahKini2
Prabowo angkat sumpah sebagai Presiden Indonesia ke-8 Ahad ini

Susulan kemenangan Prabowo Subianto seterusnya dipilih sebagai Presiden Negara manakala Gibran Rakabuming Raka selaku Naib Presiden Negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.

JAKARTA: Indonesia, bakal menyaksikan hari bersejarah iaitu peralihan tampuk pemerintahan negara melalui majlis angkat sumpah pelantikan Presiden dan Naib Presiden negara yang ke lapan pada Ahad ini.

Ini susulan kemenangan Prabowo Subianto seterusnya dipilih sebagai Presiden Negara manakala Gibran Rakabuming Raka selaku Naib Presiden Negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.

Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU), Hasyim Asy'ari mengumumkan, Prabowo yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya, Gibran Rakabuming menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan dan cukup untuk memperoleh majoriti pusingan pertama.

Dalam pada itu, dua pencabar lain, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo berikrar untuk mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perlembagaan mengenai penyelewengan dan dakwaan penipuan ketika pilihan raya.

Sebelum ini, Prabowo, 72, diramalkan secara meluas akan memenangi jawatan Presiden dan beliau akan mengambil alih kepimpinan pada Oktober selepas tempoh peralihan.

Prabowo meraih kemenangan setelah tiga kali percubaan merebut jawatan Presiden Indonesia.

Comment