Jawapan paling tepat BN memang sudah kuat dan yakin dengan 60 kerusi ini tanpa perlu 13 kerusi. Jika dulu BN memang 48 kerusi kini akan lebih lagi. Jika bertambah lagi pembangkang hanya akan makin bertambah kalah. Paling penting BN fokus pada pilihanraya
Mengapa agaknya pembangkang Sabah meroyan selepas mengetahui 13 Kerusi DUN Sabah yang diluluskan dalam Sidang Dun 2016 tidak dibawa dalam Pembentangan Usul Persempadanan Semula Kerusi Pilihanraya 28 Mac lalu?
Darell Leaking Timbalan Presiden Warisan dan beberapa pemimpin DAP antara yang paling kecewa. Kesimpulan mereka melucukan ialah BN takut kerana 13 kerusi itu BN akan kalah. Benarkah BN takut?
Lebih menyakitkan Pakatan Harapan Sabah apabila Setiausaha Kerajaan Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman menjawab persoalan itu bahawa cadangan mewujudkan 13 kerusi DUN baharu di Sabah hanya akan dibentang di Dewan Rakyat bersekali dengan kerusi Parlimen baharu.
Bagi Darell Leiking pilihan raya negeri mungkin tidak diadakan serentak dengan pengundian kawasan Parlimen pada PRU14 selepas sidang Parlimen penggal ini kononnya gagal membentangkan kerusi baru itu. Kerusi baru itu hanya akan dibentangkan selepas pengundian kerusi Parlimen, jika PRU14 dimenangi Barisan Nasional (BN) dan disusuli pilihan raya negeri selepas itu.
Dari mana Budak bekas PKR Darell yang dibeli Shafie Apdal menyertai Warisan itu belajar? Atau menentukan apa yang BN boleh lakukan? Bubar atau penentuan Pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri dari BN.
Malah Brenndon Keith Soh Presiden Pertubuhan Undang-undang Sabah (SLS) berkata, pilihan raya negeri boleh diteruskan di Sabah, walaupun 13 kerusi negeri baru yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dibentangkan di Parlimen.
Tindakan tidak memasukkan 13 kerusi itu tidak akan menyebabkan pilihan raya negeri tidak sah bagi 60 kerusi sedia ada pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Bagi BN kesimpulannya mungkin amat mudah iaitu BN sudah bersedia dengan 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen. Persiapan BN tak mungkin akan diganggu dengan perkara-perkara remeh seperti tuntutan kehendak parti komponen terhadap kawasan-kawasan baru.
Sebenarnya pembangkang Sabah sendiri tak akan menang di kerusi-kerusi itu memandangkan sesama mereka juga bercakaran berebut kerusi. Pembangkang sendiri 60 kerusi Dun dan 25 kerusi parlimen pun mereka bercakaran sesama sendiri. Bagi pembangkang kerusi baru adalah cara mengatasi pembahagian kerusi di kalangan mereka.
Mengurus pembahagian kerusi bukan mudah yang sedia ada perlu dikekalkan semangatnya. Jadi adalah lebih baik BN memberi fokus kepada pilihanraya berbanding tekanan menentukan kerusi pilihanraya.
Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin mempersoalkan kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah itu mengenai keikhlasan RUU itu di luluskan di Dun Sabah sebelum ini.
"Jika BN benar-benar mahu meningkatkan kerusi parlimen di Sabah, dan mengetahui bahawa tidak boleh, kenapa harus BN terburu-buru untuk meluluskan Rang Undang-Undang itu dan wujudkannya di Dewan Undangan Negeri pada tahun 2016?
Sekali lagi apa benar BN takut? Pastinya tidak kerana BN boleh membuat pembentangan di dewan malah andaian kononnya kerusi DUN Sabah ini lulus ketika Shafie Apdal dalam BN juga adalah sangat tidak benar kerana Shafie digantung UMNO dan keluar parti pada 4 Julai 2016 namun BN terus membawa dalam Sidang DUN Sabah serta meluluskan kerusi tambahan pada 19 Ogos 2016.
Kalau BN takut baik BN batal atau tangguhkan sahaja. Tapi BN meneruskan dan meluluskannya. Jadi amat jelas bukan kerana Shafie Apdal.
Jawapan paling tepat BN memang sudah kuat dan yakin dengan 60 kerusi ini tanpa perlu 13 kerusi. Jika dulu BN memang 48 kerusi kini akan lebih lagi. Jika bertambah lagi pembangkang hanya akan makin bertambah kalah. Paling penting BN fokus pada pilihanraya tanpa perlu bercakaran hal kerusi.
Pembangkang teruslah meroyan! Yang pasti 60 kerusi Dun sahaja dipertandingkan. Pembangkang dipohon terus bercakaran berebut kerusi sedia ada.
Dr. D.UMS
31 Mac 2018