Fail RAHSIA SPRM dedah bukti suami dan anak Zeti Aziz terima wang Jho Low lebih RM100 juta, Mengapa hanya Najib didakwa?
12:10 Oct 25, 2024  |  By SabahKini2
Fail RAHSIA SPRM dedah bukti suami dan anak Zeti Aziz terima wang Jho Low lebih RM100 juta, Mengapa hanya Najib didakwa?

Najib meluah rasa terkilan. Najib menyatakan dia diperdaya oleh pegawainya, Jho Low, pegawai Ambank & BOD 1MDB. Dalam FAIL RAHSIA SPRM terbukti Tan Sri Zeti, suami & anaknya terima wang Jho Low lebih RM100 juta. Namun sehingga sekarang hanya Najib didakwa

 

Najib diperdaya

Semalam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Permohonan maaf Najib itu datang enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, Najib memberitahu beliau berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

"Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Najib menambah, sepanjang tempoh menjalani hukuman penjara 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan signifikan berkaitan 1MDB, beliau terpanggil untuk membuat kenyataan itu.

Najib kemudian memetik artikel yang diterbitkan The Edge awal bulan ini, yang menunjukkan bagaimana Low Taek Jho atau Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB.

"Perbicaraan mahkamah baru-baru ini, sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi di mahkamah Switzerland dan artikel terkini diterbitkan media (The Edge) yang berdasarkan analisis mereka terhadap kes itu serta e-mel dalaman PetroSaudi, sekali lagi membuktikan saya bukanlah dalang dan tidak bersubahat dengan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB," dakwanya dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Najib mendakwa bahawa rumusan daripada artikel diterbitkan itu menyatakan PetroSaudi serta Jho Low bersubahat untuk memperdayakan beliau.

"Saya tidak sedar PetroSaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan saya tidak langsung mengetahui bahawa saya telah menerima wang daripada dana yang telah dihantar oleh 1MDB kepada PetroSaudi.

"Walaupun sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami, Saya telah dinasihati dan dengan jujur mempercayai pada masa itu bahawa dana yang saya terima adalah sumbangan politik daripada Kerajaan Arab Saudi sepertimana yang telah dinyatakan dalam prosiding mahkamah bahawa memang terdapat dua sumbangan besar yang disahkan pada 2010 diterima daripada Kerajaan Arab Saudi, iaitu sumbangan tersebut tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah ataupun sivil," dakwanya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu berkata, apabila berlaku kebimbangan dan pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku dalam 1MDB, beliau sepatutnya mengambil tindakan yang berbeza.

"Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan, namun saya cenderung untuk mempercayai ulasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB.

"Apabila saya mula curiga tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam 1MDB, kebimbangan utama saya adalah kepada usaha memulihkan kedudukan kewangan dan risiko yang ditimbulkannya terhadap hubungan diplomatik dua hala pada peringkat tertinggi," katanya.

Najib mendakwa lagi, beliau telah dihukum dari segi politik walaupun dengan jelas, dirinya bukanlah dalang pada segala penyelewengan dalam 1MDB dan tidak pernah sekali pun bersubahat dengan Jho Low.

"Justeru, saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang undang. Saya masih lagi terkejut apabila mengetahui kepincangan dan perbuatan tidak bermoral serta pelanggaran undang-undang yang berlaku di 1MDB. Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC International Sdn Bhd (SRC) dan juga di 1MDB," katanya.

 

Pegawai bersekongkol dengan Jho Low terlepas

Dari perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) dan juga di 1MDB apa yang jelas terlihat ialah pegawai-pegawai Najib yang bersekongkol dengan Jho Low termasuk pegawai Am Bank, Datuk Amhari, Nik Faisal dan Tan Sri Zeti yang menerima dana 1MDB terus terlepas tidak pernah didakwa. Mereka terbukti mengambil rasuah tetapi tidak pernah didakwa.

Hanya yang didakwa dan dikambing hitamkan ialah Najib Razak. Mengapa? sebab hanya Najib sasaran utama.

Tahun 2020 kecoh mengenai Tan Sri Zeti berhubung SD Suami dan Anaknya menerima lebih RM100 juta daripada Jho Low. Ia bukti jelas Zeti, suami dan anaknya telah menerima wang rasuah. Namun apa kesudahan kes itu?

[ARTIKEL BERKAITAN- SD Suami, Anak Zeti Aziz bukti Bekas Gabenor BNM Terima Rasuah Jho Low lebih RM100 juta!

SD Suami, Anak Zeti Aziz bukti Bekas Gabenor BNM Terima Rasuah Jho Low lebih RM100 juta!

 

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sejak tahun 2020 menafikan perkara itu malah sehingga tahun 2023 sekalipun bukti-bukti jelas selain pengesahan SPRM, Zeti terus berkata beliau tiada pengetahuan tentang sebarang transaksi antara suami beliau, Datuk Tawfiq Ayman dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mahkamah.

[ARTIKEL BERKAITAN-  SPRM Sahkan Singapura pulangkan RM65 Juta daripada akaun Cutting Edge Industries milik suami Zeti]

 

Sebelum itu PDRM sendiri mengesahkan skandal Tan Sri Zeti itu berdasarkan SD pengakuan suami dan anak-anak Zeti yang tular.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal lebih RM100 juta: Suami Zeti, Tawfiq Ayman disoal siasat Polis]

 

 

Sewaktu prosiding di Mahkamah Tinggi  Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau mana-mana ahli keluarga Zeti menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd.

Bagaimanapun dalam satu FAIL SULIT diperolehi dari pejabat SPRM nampaknya Zeti dan keluarganya menerima wang 1MDB atau TIA itu benar-benar berlaku. 

 

FAIL RAHSIA SPRM mengenai Zeti itu boleh dibaca seperti berikut;

 

 

Penglibatan Am Bank dan pegawainya dalam skandal 1MDB menyebabkan Ambank pernah didenda RM 53.7 juta pada tahun 2015 malah pada tahun 2022 Ambank hanya didenda RM2.83 bilion. Maruah bank itu diselamatkan sekalipun melakukan kesalahan besar bersekongkol dengan Jho Low!. FAIL RAHSIA SPRM bukti Zeti, pegawai Am Bank dan pelbagai pihak memperalatkan Najib Razak. Mereka sebenarnya menyakau duit itu.

Jika Peguam Negara dan SPRM jujur dakwalah Tan Sri Zeti, suami dan anak-anaknya sekarang. Mengapa mereka sekadar saksi sedangkan mereka kenyang. 

 

 

 

Comment