TYT Sabah bakal bertukar, IPO Azam Jaya Bhd di Bursa Malaysia tergugat?
12:10 Oct 27, 2024  |  By SabahKini2
TYT Sabah bakal bertukar, IPO Azam Jaya Bhd di Bursa Malaysia tergugat?

Terpalit skandal 'jalan hantu' konsesi zaman Warisan dan hanya bergantung dengan 'kabel' TYT Sabah apakah IPO Azam Jaya Bhd bakal tergugat pada dan selepas 11 November ini? Bagaimana jika perubahan TYT Sabah diumumkan lebih cepat?

Taikun strawberry night club Kota Kinabalu Tan Sri Joseph Loh  Tain Foh  dan anak-anaknya nampaknya sangat terdesak untuk mengumpulkan modal IPO sehingga RM61.5 Juta pada 11 November ini.

Pendedahan Sabahkini2 siapa Azam Jaya yang bergantung kepada ‘kabel’ Istana Negeri, terlibat dengan skandal konsesi ‘Jalan Hantu’ ketika Warisan berkuasa selain terlibat projek Pan Borneo lambat atau cepat akan menggugat Azam Jaya.

Jika TYT Negeri disambung  maka selamatlah Azam Jaya jika ditukar maka habislah Azam Jaya! Terdapat desas-desus pelabur dan bank tidak mahu terlibat dengan saham Azam Jaya bimbang jika berlaku pertukaran TYT maka projek skandal Azam Jaya sebelum ini akan dibongkar termasuk  membuat tuntutan palsu ‘jalan hantu’ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Azam Jaya  melalui syarikatnya Borneo Nabalu Builder Sdn Bhd mendapat bayaran lebih RM20 juta kurang sebulan selepas Kerajaan Sabah dibentuk. Semua pegawai korup dari JKR dan MOF Sabah bersekongkol membuat bayaran kepada Azam Jaya.

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Sapu Pan Borneo RM788.3 juta, monopoli 'flyover' skandal jalan 'hantu' Majlis Daerah ke Azam Jaya Berhad!]

 

 

Kebimbangan Joseph Loh

Tan Sri Joseph Loh  Tain Foh  yang bimbang terpaksa membeli media dan penganalisis saham untuk menguar-uarkan saham Azam Jaya.

Mampukah Azam Jaya  mengumpulkan RM61.5 juta melalui penawaran awam permulaan (IPO) yang dijadualkan pada 11 November? Jika ada bank dan pelabur membelinya bagaimana selepas itu jika terdedah kepda kejatuhan harga saham? pastinya jualan besar-besaran berlaku kerana manipulasi pasaran.

TA Research membuat semakan pertengahan penggal Rancangan Malaysia Ke-12 menekankan peningkatan infrastruktur asas di Sabah, termasuk pembinaan dan peningkatan 700 km jalan raya namun terlupa taikun pembinaan projek Sabah bukan hanya Azam Jaya tetapi taikun lain juga yang memonopoli projek seperti Chong 'Babi' Sinkung Contruction, Donald Lim, Andrew Wah, taikun rumah urut Michael Chin, Liew Kuat Keong Sri Jutaya dan Dato’ Nik Nazif Nik Zawawi (Wilayah Kaya/Fleet Engineering)

Nama-nama ini juga antara yang mendapat projek Pan Borneo Fasa 1B kerana semua pegawai Kementerian Kerja Raya dan MOF dalam genggaman mereka. Bertukar kerajaan 10 kali pegawai tetap dalam kawalan. Mereka akan mendapat projek berulang-ulang, jual projek dan akhirnya Pan Borneo Fasa1B menerima Nasib sama dengan Fasa1A.

 

Maka Azam Jaya terpaksa bersaing dengan taikun-taikun projek Sabah ini. Hari ini projek Pan Borneo Fasa 1B sedang berlaku proses jual beli sehingga kepada syarikat Malaya yang berstatus PN17. Dilaporkan bank-bank sudah mula menyekat dan tidak mahu membiayai projek Pan Borneo bimbang situasi buruk berlaku. Terdapat juga syarikat mahu memulangkan Surat Setuju Terima (SST) kerana tersalah kira kos projek. Kita akan kupas perincian syarikat Pan Borneo Fasa1B ini diartikel lain.

 

Ada projek Pan Borneo bernilai RM1.7 b dijual kepada syarikat Ireka Corpporation Bhd BERSTATUS PN17 dengan harga RM1.07B.
bayangkan kos RM1.7B hilang RM700 juta! Bolehkah pakej ini disiapkan?

Saham Azam Jaya akan jatuh!

Azam Jaya memang terkenal dengan projek jalan raya, jejambat, jambatan, dan terowong di Sabah namun kedudukan mereka kali ini tidak mudah bergantung kepada TYT Sabah sekarang disambung atau tidak.

Laporan TA Research tidak membayangkan projek Azam Jaya tetapi projek lain yang juga dibolot taikun lain. Lebuhraya Pan Borneo Sabah 1,236 km terbahagi kepada tiga fasa tidak tidak memberi jaminan Azam Jaya menguasai projek itu. 19 pakej kerja Fasa 1B sepanjang 366 km yang telah diluluskan di bawah Bajet 2024 juga tidak semestinya memberi manfaat kepada Azam Jaya.

Media melaporkan Azam Jaya menguruskan sembilan projek aktif dengan buku pesanan yang bernilai RM1.5 bilion namun apakah ini akan bertahan jika payung mereka TYT sekarang tidak disambung? Ini adalah kebimbangan pelabur dan bank sekarang.

TA Research melaporkan peningkatan hasil Azam Jaya sebanyak 21.3% kepada RM280.8 juta pada tahun 2023 daripada RM231.5 juta pada 2021. Namun semua projek itu dari kabel ‘surat kuning’ istana negeri. Bukan itu saja harus diingat keuntungan bersih teras Azam Jaya merosot sebanyak 23.8%, daripada RM34.1 juta pada tahun kewangan 2021 kepada RM26 juta pada 2023, disebabkan oleh kos input yang meningkat, perbelanjaan pentadbiran dan kewangan yang lebih tinggi, serta pengiktirafan peruntukan kerugian kredit jangkaan.

Apa akan jadi tahun 2024 ini jika TYT Sabah tidak di sambung? Azam Jaya akan menerima kesan besar. 

 

Maka jangkaan TA Research bagi pertumbuhan keuntungan bersih teras Azam Jaya sebanyak 13.5%, 73.8%, dan 16% untuk tahun kewangan 2024, 2025, dan 2026 akan meleset!. Penganalisis yakin margin bersih purata sebanyak 10.2% Azam Jaya tidak akan tercapai.

Bagaimana jika siasatan SPRM dibuat pada kes tuntutan palsu ‘Jalan Hantu’? Jalan tidak dibina tetapi mendapat bayaran?

Pada harga IPO RM0.78 sesaham, Azam Jaya dinilai pada nisbah harga kepada pendapatan (PER) sebanyak 15 kali ganda keuntungan teras sesaham (EPS) bagi tahun kewangan 2023. TA Research meletakkan nilai RM1.54 sesaham dan menawarkan potensi keuntungan sebanyak 97.4% kepada para pelabur namun Sabahkini yakin harga saham Azam Jaya akan meleset. Pelabur akan rugi kerana syarikat ini penuh skandal dan bergantung kepada payung kuning TYT Sabah sahaja. Jika TYT bertukar Azam Jaya akan melingkup!

Comment