KP Maritim Malaysia beri kunjungan hormat kepada Hajiji
15:10 Oct 28, 2024  |  By SabahKini2
KP Maritim Malaysia beri kunjungan hormat kepada Hajiji

Mohd Rosli dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 17 September 2024. Sebelum itu beliau merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda (M) Datuk Mohd. Rosli Abdullah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Mohd Rosli dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 17 September 2024. Sebelum itu beliau merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia.

Terbaharu beliau sedang mengetuai perancangan bagi membangunkan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di perairan Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung dalam usaha meningkatkan kebolehcapaian radar bagi mengawasi semua jenis pergerakan bot atau kapal mencurigakan di perairan negara khususnya di Laut China Selatan.

Mohd Rosli pernah menyandang pelbagai jawatan penting di Maritim Malaysia termasuk Pengarah Maritim Negeri Selangor, Pengarah Perisikan Maritim Malaysia, Pengarah Perancangan Strategik Maritim Malaysia, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia.

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Comment


dim | 5 hours ago
ajis muka macam sampah
Jebon | 5 hours ago
Setakat minit mesyuarat siapa siapa boleh buat.
Oto | 5 hours ago
Tolak walisan
Bab one | 5 hours ago
Sabah paling malang dibawa warisan upko dap pkr
pengirantangayah | 5 hours ago
kau yang berkuasa busku,jadi kalau kau rasa pss tidak bagus kenapa kau cakap teruskan ini semua dari bn lagi, stop saja la senang, memang putar beli bah busku,
widuri | 5 hours ago
hancur orang Sabah