Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) berkata, kru angkasawan terbabit berada dalam keadaan baik ketika ini.
BEIJING: China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas Shenzhou-19 dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China, awal pagi tadi.
Sepuluh minit selepas pelancaran pada jam 4.27 pagi, kapal Shenzhou-19 berpisah dengan roket dan memasuki orbit ditetapkan.
Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) berkata, kru angkasawan terbabit berada dalam keadaan baik ketika ini.
Menurut rancangan, kapal Shenzhou-19 akan bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas.
Selepas itu, kru Shenzhou-19 akan melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit.
Selain itu, angkasawan Shenzhou-19 akan menjalani aktiviti luar kenderaan (EVA) beberapa kali untuk melakukan eksperimen fizik asas graviti mikro, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa, teknologi angkasa dan lain-lain.