APMM Tawau lupus 31kg dadah bernilai lebih RM1.5 juta
18:11 Nov 07, 2024  |  By SabahKini2
APMM Tawau lupus 31kg dadah bernilai lebih RM1.5 juta

Pengarah Zon APMM Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pelupusan dadah jenis syabu atau methamphetamine itu dilaksanakan selepas mendapat perintah Mahkamah untuk dilucut hak selepas barang kes berkenaan selesai dibicarakan.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau melupuskan dadah seberat 31 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta pada kelmarin.

Pengarah Zon APMM Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pelupusan dadah jenis syabu atau methamphetamine itu dilaksanakan selepas mendapat perintah Mahkamah untuk dilucut hak selepas barang kes berkenaan selesai dibicarakan.

Menurutnya, kesemua dadah terbabit adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh unit vesel peronda APMM Tawau pada 2022.

"Proses pelupusan dijalankan dengan menggunakan kaedah pembakaran yang diuruskan sepenuhnya oleh Cenviro Sdn Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan pengurusan sisa buangan di Negeri Sembilan.

"Kaedah ini dipilih kerana ia merupakan antara cara yang paling selamat dan berkesan untuk memusnahkan bahan terlarang itu tanpa mencemarkan alam sekitar," katanya menerusi kenyataan di sini.

Jelas Shahrizan lagi, ia adalah kerjasama pertama pihaknya bersama syarikat swasta terbabit menjalankan proses pelupusan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Comment