Bot nelayan karam di Pulau Jeju, 2 maut dan 12 hilang
17:11 Nov 08, 2024  |  By SabahKini2
Bot nelayan karam di Pulau Jeju, 2 maut dan 12 hilang

Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran. Dua lagi, kedua-duanya warga Korea Selatan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

JEJU: Dua orang maut manakala 12 lagi masih hilang selepas sebuah bot nelayan karam di perairan selatan Pulau Jeju pada Jumaat dengan operasi mencari sedang dijalankan, menurut laporan Pengawal Pantai.

Menurut Agensi Berita Yonhap, bot bernama Geumseong seberat 129 tan membawa 27 kru -- 16 rakyat Korea Selatan dan 11 warga asing -- ketika Pengawal Pantai menerima panggilan kecemasan pada 4.33 pagi, memaklumkan bahawa bot itu sedang tenggelam 24 kilometer dari Pulau Biyang di Jeju.

Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran. Dua lagi, kedua-duanya warga Korea Selatan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Kru yang diselamatkan melaporkan bahawa mereka sedang memindahkan hasil tangkapan ke kapal lain apabila bot itu tiba-tiba terbalik dan mula karam, menurut Pengawal Pantai.

Presiden Yoon Suk Yeol telah dimaklumkan mengenai insiden itu dan mengarahkan agensi berkaitan, termasuk Pengawal Pantai serta kementerian pertahanan dan lautan, untuk menggerakkan semua sumber dan anggota yang ada bagi menyelamatkan mereka yang masih hilang, menurut jurucakap presiden Jeong Hye-jeon.

Beliau turut menyeru agar langkah-langkah diambil untuk memastikan keselamatan anggota penyelamat.

Comment