Terlibat rasuah: SPRM perlu tangkap Dato' Albert Tei dan Jontih Enggihon bekas CEO SMM
10:11 Nov 14, 2024  |  By SabahKini2
Terlibat rasuah: SPRM perlu tangkap Dato' Albert Tei dan Jontih Enggihon bekas CEO SMM

Bermain dengan rakaman video yang boleh dipertikai dan tidak membuktikan rasuah akhirnya terperangkap rupanya Dato' Albert Tei dan Jontih Enggihon bersekongkol membolot lesen mineral. Jontih Enggihon menyusun semua untuk Albert.

Masuk tiga hari rancangan Dato’ Albert Tei Jiann Cheing pengasas CLA Global Holdings Sdn Bhd bersama Jontih Enggihon bekas CEO Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), GLC kerajaan negeri nampaknya sedang tersusun.

Malaysiakini menjadi media utamanya. Berapalah agaknya Dato’ Albert Tei bayar Malaysiakini? Malaysiakini tidak mungkin berani melakukan tanpa bayaran apatah lagi video lain yang dipapar tidak membuktikan apa-apa.

Video pertama mendedahkan kononnya Adun meminta rasuah ialah Datuk Dr Yusof Adun Sindumin namun hanya audio, tiada video atau gambar dan tuan punya badan menafikannya. 

Video kedua ialah pengakuan Jontih Enggihon yang menunjukkan kebodohannya betapa ketika beliau CEO dia menyalahgunakan kuasa bekerja untuk Dato' Albert Tei. Berapa jutalah dia dapat rasuah.  Dikhabar kan beliau melarikan diri keluar negara. Kita lihat sejauh mana SPRM dapat mengesannya.

Apa yang Jontih Enggihon tunjukkan dalam video hanyalah rasa tidak puas hatinya terhadap Ketua Menteri yang membatalkan lesen mineral kroninya Dato' Albert Tei. Ketika dia CEO SMM dia terperasan terpaling ada kuasa wal hal masih ada BOD dan Ketua Menteri. Hasrat nak bagi kepada kroni Dato' Albert Tei tapi terhalang.  

 


Manakala video ketiga rakaman perbincangan bersama Datuk Rubin Balang  yang hanya sekadar perbincangan bukanlah ada isu rasuah.

Buktikan di mana rasuahnya video itu?

Video rakaman terhadap Rubin Balang hanya sebuah rakaman tanpa kebenaran yang berniat jahat, Datuk Rubin Balang wajar menyaman Dato’ Albert Tei dan Jontih Enggihon. Apa yang pasti tidak ada ada urusniaga berlaku antara Rubin Balang dan Dato’ Albert Tei. Apa yang tidak diberitahu rakyat ialah Muhammad Afiq Asyraf anak Datuk Mohd Nardin anak  Datuk Seri Hj Nardin Awang bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah CLA Global Holdings Sdn Bhd membawa Dato' Albert Tei bertemu dengan Datuk Rubin Balang. Mereka hanya menggunakan alat perakam curi merakam perbualan itu. Untuk apa? 

Datuk Rubin Balang  menjelaskan lesen yang diperolehi olehnya adalah sebelum beliau dilantik Pengerusi SEDCO. Beliau sendiri menyatakan meletak jawatan dalam  syarikat selepas dilantik sebagai Pengerusi SEDCO bertaraf Menteri.  Yang minta PLS ialah Albert Tei, pelombong Pahang dan Sarawak bukan Datuk Robin Balang yang minta. Di mana rasuahnya?

 

Ada sesuatu tidak kena! Skandal rasuah Dato’ Albert Tei Jiann Cheing dan Jontih Enggihon

Isu Dato’ Albert Tei dan rakan sekongkolnya Jontih Enggihon mahu berlindung di bawah AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (Akta 711). Sejak awal Dato’ Albert Tei tidak pernah tampil kepada SPRM membuat laporan rasmi menggunakan alasan WHISTLEBLOWER.

Mengapa? kerana dia pelaku rasuah sebenar dan takut ditangkap!

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang aduan rasmi daripada Dato' Albert Tei i berkaitan perkara itu. 

Berdasarkan hanya surat dan menggunakan peguam sebagai pengantara kepada SPRM, mengundang lagi banyak kemusykilan tentang operasi Dato’ Albert Tei ahli perniagaan berasal dari Pahang ini. Rekod jenayah dan mahkamahnya membuktikan beliau tidak dipercayai. Ini termasuk menyalahgunakan peguam untuk menghantar aduan kepada YAB Perdana Menteri  Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertarikh 11/11/2024. Malah acah-acah buat surat terbuka kepada Agong. Mengapa Agong nak ambil perhatian dari seorang bekas penjenayah seperti Dato' Albert Tei? Apa perlunya Agong melayan Albert Tei sedangkan semua ada di depan SPRM. Biarlah SPRM siasat. Tapi dato' Albert Tei jangan sembunyi. Tunjuk bijilah! 

PM kata tiada perlindungan pemberi maklumat terlibat rasuah

Dua hari lalu PM Anwar sendiri menegaskan tiada perlindungan akan diberikan bagi sesiapa yang terbabit dalam kes rasuah. Ini termasuk jika individu berkenaan mahu menjadi pemberi maklumat bagi membongkar mana-mana kes rasuah.

“Tolong beri ruang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereka jalankan siasatan teliti terhadap semua kes termasuk skandal rasuah membabitkan kes lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” kata beliau.

Dasar Kerajaan MADANI adalah jelas iaitu perlindungan hanya diberi kepada mereka yang bersih dan langsung tidak terbabit dengan unsur rasuah.

“Jadi, jika ada maklumat yang samar-samar termasuk adakah individu pemberi maklumat itu turut terbabit dalam rasuah, ia perlu diteliti dan disiasat, bukan terus memberi perlindungan kepadanya,” katanya.

Persoalannya mengapa Dato’ Albert Tei Jiann Cheing takut tampil ke depan membuat aduan? Tunjuklah muka dan bawa sekali Jontih Enggihon. Jangan lari...Apakah kerana sebelum ini beliau yang merancang pembayaran rasuah kepada sesiapa sahaja takut kantoi mengenai apa yang beliau lakukan selama ini bersama Jontih Enggihon bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd?

Pemberi maklumat atau kontraktor perlu membuat laporan rasmi kepada SPRM bagi memulakan sebarang proses perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 secara jelas menyatakan individu yang memiliki maklumat perlu mendedahkan perlakuan salah dahulu, seperti ditakrif undang-undang sebelum sebarang proses perlindungan dapat dimulakan.

 

Tindakan SPRM berlandaskan undang-undang supaya sebarang laporan ditangani secara saksama dan profesional, termasuk sebarang dakwaan salah laku akan disiasat secara lengkap tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Kontraktor pelapor yang sebelum ini pembayar rasuah perlu disiasat terlebih dahulu dan apa lagi projek beliau sebelum ini pernah diperolehi cara sama.

Hajiji kata lebih adil tangkap pemberi rasuah

Sementara itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mahu pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terlibat dengan kes rasuah yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Kita minta pihak berkuasa menyiasat kita akan bagi kerjasama tapi siasat juga yang pemberi rasuah juga kerana mempunyai niat yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu daripada kerajaan apabila tidak dapat inilah keluar.

“Justeru, bagi saya adalah adil tangkap dia (pemberi rasuah) dulu, siasat dia,” tegas Hajiji

Menurut Hajiji, perkara itu hanya satu tuduhan dan kerajaan masih berjalan dengan baik.

“Saya tiada apa-apa, memang ok kita kerajaan masih berjalan dengan baik, itu cuma tuduhan, laporlah kepada MACC, kita (GRS) nothing to hide (tiada apa mahu disembunyikan),” tegas beliau lagi.

 

Pendedahan Pegawai Skandal RSMM- Jontih Enggihon bekas Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd

Dalam satu laporan lain mengesahkan Jontih Enggihon memang terlibat rasuah selama ini. SPRM sepatutnya menyiasat dia terlebih dahulu.

 

EX-CEO SMM BERKONSPIRASI DENGAN DATO' ALBERT TEI UNTUK TIPU BOD

Saya ikuti video clip yang dikelurkan oleh Malaysiakini dan diviral di banyak tempat tentang 'interview' bekas CEO SMM, Tuan Jontih.

Jelas bukan sahaja Jontih telah melanggar deklarasi dan aku janji yang semua staff SMM telah tandatangani ketika masuk kerja di SMM, tapi banyak cakap bohong yang keluar dari mulut dia.

Sebagai staff SMM, sebenarnya saya bersyukur semua benda ini keluar kerana terlalu banyak kerosakan yang Jontih buat di SMM dengan pakatan beliau yang konon beliau perkenalkan kepada kami sebagai 'investor' iaitu Dato' Albert Tei.

Saya bersyukur apabila Ketua Menteri dan BOD SMM memutuskan tidak meneruskan kontak perkhidmatan Jontih. Namun sebelum ini saya tidak puas hati kalau Jontih terlepas begitu saja.

Saya juga gembira apabila saya mendengar seorang manager kanan menyatakan sebaik Jontih ditamatkan kontrak, Ketua Menteri telah mengarahkan siasatan internal dibuat untuk melihat rekod-rekod pengurusan termasuk SOP kelulusan Prospecting Licence (PL).

Banyak salah laku yang dimastermind oleh Jontih. Menipu BOD dengan tidak memberikan laporan yang tepat tentang status due diligence syarikat-syarikat yang memohon PL. Begitu juga Jontih mengarahkan perubahan nama-nama syarikat yang telah diputuskan BOD dengan memasukkan syarikat-syarikat yang saya yakin beliau ada kepentingan.

Paling penting Jontih akan melindungi dan memastikan syarikat-syarikat yang dibawa oleh Dato' Albert Tei akan mendapat PL, sama ada melalui pemalsuan laporan 'due diligince' atau 'menyisip' nama syarikat dalam senarai yang telah diluluskan BOD.

Saya yakin Jontih dan Dato' Albert Tei mencatur untuk menguasai PL-PL ekplorasi mineral di Sabah sejak dari awal proses penubuhan SMM lagi.

Apa yang saya nampak, Jontih dan Albert menggunakan 'data teknikal' yang mereka miliki yang sepatutnya dokumen rahsia tentang kawasan-kawasan yang ada reserve pelbagai jenis mineral di Sabah dan mencatur syarikat yang memohon.

Jontih dan Albert yang mengatur penyediaan surat-surat permohonan PL dengan maklumat kawasan yang dipohon dan mencari pelbagai pihak termasuk para YB untuk membawa permohonan rasmi ini sama ada kepada Ketua Menteri untuk mendapatkan minit supaya dipertimbangkan dalam Mesyuarat BOD atau memohon secara langsung kepada SMM dan kemudian Jontih arah untuk dimasukkan dalam BOD.

Data teknikal yang dimiliki ini mereka gunakan untuk mencatur pengeluaran PL di Sabah. Sebelum ini saya pernah bercakap dengan orang yang ada akses kepada Ketua Menteri untuk sampaikan perkara ini. Orang berkenaan ada cakap yang Ketua Menteri sebut memang ada pihak lain juga cakap kepada beliau, dan dia sendiri rasa lain kerana banyak permohonan yang datang lengkap dengan senarai lengkap maklumat kawasan yang beliau rasa ada 'orang dalam' terlibat.

Saya yakin orang yang konon minta perlindungan 'whistleblower' itu adalah Dato' Albert Tei, dan DIALAH DALANG DAN PERASUAH SEBENAR. Saya tidak pasti Jontih ini adalah alat beliau, yang pasti Jontih terlibat secara langsung dalam konspirasi untuk membolot industri khazanah mineral di Sabah dengan rasuah dan tipu daya.

Staff SMM
13 Nov 2024

 

Aduan Dato' Albert Tei kononnya dia diugut hanyalah satu wayang sahaja. Polis jangan termakan aduan palsu ini. Mereka yang mencipta strategi ini bukan orang lain. Jangan kerana Pengerusi Syarikat CLA Global Holdings Sdn Bhd itu ialah Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Puzi Harun bekas Ketua Polis Negara maka beliau dilindungi. 

Oleh itu SPRM digesa menangkap Dato’ Albert Tei Jiann Cheing dan Jontih Enggihon menghentikan polemik mereka memburukkan orang lain. Siasat mereka terlebih dahulu agar dapat dibuktikan siapa perasuah sebenar. Menyebar hanya sekadar video perbincangan adalah sesuatu yang biadap. 

5 Comments