Ketua BBP Beaufort Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, mujurlah tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lebih besar.
MEMBAKUT: Lima rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Kampung Jambatan Baru di sini awal pagi Khamis.
Ketua BBP Beaufort Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, mujurlah tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lebih besar.
Katanya, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.40 pagi dan sepasukan anggota bersama jentera pemadam digerakkan ke lokasi.
“Kebakaran melibatkan keseluruhan lima buah rumah, tiga daripadanya adalah rumah jenis separuh kekal.
“Rumah pertama dan kedua berkeluasan 30X40 kaki persegi dan rumah ketiga seluas 45X50 terbakar sepenuhnya.
“Dua buah lagi rumah jenis kekal dan separuh kekal berkeluasan 20X30 kaki persegi hanya terjejas 20 peratus selepas pihak bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran,” katanya.
Katanya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran, 200 kaki dan empat pancutan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.
“Selepas memastikan tiada bahaya lain yang wujud di lokasi operasi ditamatkan jam 7.41 pagi,” katanya.