Hajiji saksikan KKIP Power bayar dividen RM3.14 juta
18:11 Nov 14, 2024  |  By SabahKini2
Hajiji saksikan KKIP Power bayar dividen RM3.14 juta

Pengerusi KKIP Power, Datuk Dr Joseph Lee menyerahkan cek pembayaran dividen berkenaan iaitu sebahagian daripada dividen RM6.15 juta yang diisytiharkan oleh KKIP Power kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

KOTA KINABALU: KKIP Power Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM3.14 juta kepada syarikat induknya KKIP Sdn Bhd bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Pengerusi KKIP Power, Datuk Dr Joseph Lee menyerahkan cek pembayaran dividen berkenaan iaitu sebahagian daripada dividen RM6.15 juta yang diisytiharkan oleh KKIP Power kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan yang juga Pengerusi KKIP Sdn Bhd Datuk Phoong Jin Zhe.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan majlis ringkas penyerahan bayaran dividen berkenaan di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.

KKIP Sdn Bhd memiliki 51 peratus saham dalam KKIP Power Sdn Bhd.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi KKIP Power Datuk Tham Nyip Shen dan Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Power Charles Dalansing.

Comment


1.2 juta turis Cina | 2 hours ago
Imigresen tak oleh ditegur ke? Bagaimana pula dengan pendedahan di Parlimen diantara 2018-2021 turis Cina komunis sebanyak 1.2 juta tidak pulang? Bila habis tempuh lawatan cina2 ni dah jadi pendatang haram...masha allah. Apa Ketua Pengarah Imigresen buat? Apa alasan? Baik letak jawatan...terlampau ri tu. Kalau seribu pun dah ramai apalagi 1.2 juta cina komunis? Dimana mereka?
ira | 2 hours ago
hidup KPPA