Malaysiakini bebas dedah 5 video yang samar-samar tetapi mengapa Malaysiakini tidak berani dedah Dato' Albert Tei sebagai ‘whistleblower’? SKMM arah padam video apakah Malaysiakini akur? Berapa Dato' Albert Malaysiakini?
Penyebar maklumat Dato’Albert Tei yang bersekongkol dengan Malaysiakini digelar ‘whistleblower’ penakut sepatutnya ditangkap dan direman.
Malaysiakini pula bebas bermain video persepsi. Setakat ini malaysiakini melaporkan SKMM mengarahkan Malaysiakini ‘mengeluarkan serta-merta’ video melibatkan Adun Tempasuk Arsad Bistari yang mengadu RM70 juta tidak diluluskan Masidi Manjun. Arsad menafikan video itu sebagai rasuah hanya menceritakan bagaimana Menteri Kewangan Sabah Datuk Masidi Manjun tidak meluluskan apa-apa permohonan projek lantikan terus. Ia menunjukkan Masidi bertegas mana-mana permohon tidak kisah YB, kontraktor atau individu tertentu mesti tertakluk kepada prosedur perolehan.
Namun bagaimana video lain yang merepek? atau yang bakal diedit oleh Malaysiakini?
Sabahkini2 sebelum ini pernah disekat lebih 4 kali berhubung pendedahan pelbagai skandal, video dan projek kerana aduan pelbagai pihak. Malaysiakini nampaknya sangat kebal.
Mengapa Malaysiakini dibenarkan berbuat demikian sehingga 5 video dalam tempoh 5 hari? Setakat ini 5 video yang ditayang tidak diberi kepada SPRM jelas hanya video dipotong-potong untuk memberi persepsi buruk kepada Adun-adun.
Mengapa Malaysiakini double standard? Ketika isu Asia Mobility Technologies milik Ramachandran Muniandy suami Hannah Yeoh Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) dan pengasas Malaysiakini Premesh Chandran A/L Jeyachandran tidak pula mereka menggesa SPRM menyiasat Premesh Chandran. Malah Ramachandran dan Premesh Chandran A/L Jeyachandran tidak pun dipanggil SPRM. Apa status kes itu?
Malaysiakini dibayar Albert Tei?
Dato’ Albert Tei pemberi maklumat nampak licik, Malaysiakini pula nampak terdesak dengan bayaran. Berapa agaknya Dato’ Albert Tei bayar Malaysiakini? Ini kerana video yang disiarkan jika tidak memberi kesan kepada SPRM, Malaysiakini bakal berhadapan saman yang besar kerana memalukan individu tertentu.
Mengapa Malaysiakini tidak mendedahkan siapa Dato’ Albert Tei Jiann Cheing yang juga pemilik CLA Global Holdings Sdn Bhd dan Jontih Enggihon bekas CEO Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), GLC kerajaan yang merancang membolot hampir 20 kawasan lesen mineral di Sabah? Albert Tei memperalatkan Jontih Enggihon menanggung gaji, perkahwinan anaknya dan hidup mewah?
Azam Baki tempelak Dato’ Albert Tei
Semalam sekali lagi Tan Sri Azam Baki bengang dengan whistleblower Dato’ Albert Tei dan Jontih Enggihon terbabit dalam kegiatan rasuah didedahkan mereka menggunakan media tidak boleh dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki itu berkata pemberi maklumat terbabit dalam transaksi atau kegiatan rasuah yang dirujuknya secara proper conduct , juga melakukan kesalahan itu dan perlindungan kepada mereka tidak terpakai.
Bermakna Dato’ Albert Tei memang terlibat rasuah secara langsung projek lombong mineral di Sabah. Hanya kerana lesen yang disusun oleh Jontih Enggihon dibatal oleh Ketua Menteri. Ketua Menteri sudah lama tahu kegiatan Albert dan Jontih maka kontraknya sebagai CEO tidak disambung.
Azam Baki juga menempelak Dato’ Albert Tei yang aktif mendedahkan maklumat di media sosial (Malaysiakini), tetapi mahukan perlindungan pihak berkuasa.
"Sama ada layak atau tidak, saya tidak boleh memberi komen, tetapi analoginya sekiranya whistleblower (Albert Tei) ini terbabit dalam transaksi (kegiatan rasuah) itu secara proper conduct, mereka juga melakukan kesalahan itu dan perlindungan tidak terpakai kepadanya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Menembak SPRM Bersama Media, 2024, di sini semalam.
Sementara itu Datuk Seri Azalina Othman Menteri JPM (Hal Ehwal Undang-undang) turut bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan tidak akan memberi perlindungan kepada sesiapa terbabit kes rasuah termasuk yang mahu menjadi pemberi maklumat bagi pembongkaran kes rasuah.
Kata Azalina, perkara itu akan dibincangkan antara pendakwa dengan peguam dan kadang kala peguam akan membuat rundingan untuk kurangkan hukuman atau menjadi saksi pendakwa.
"Jika anggap kerana bercakap dengan media dan hendak perlindungan pada saya itu SPRM yang tentukan kerana agensi itu pun mahu nilai maklumat yang mereka ada.
"Perkara ini ada undang-undang dan rangka sedia ada. Kita kata nak bagi maklumat, nak dapat perlindungan (tidak boleh) sebab penentu perlindungan (adalah) agensi yang dapat maklumat itu.
"Rasuah (atau) tidak rasuah agensi yang bertanggungjawab. Jadi sesiapa nak bagi maklumat kena pergi pada agensi bertanggungjawab," katanya lagi.
Mengapa Dato’ Albert Tei takut membuat laporan secara terus kepada SPRM? Benarkah Jontih Enggihon bekas CEO SMM melarikan diri ke luar negara takut SPRM?
Dato’ Albert Tei dan Jontih Enggihon bukan saja takut SPRM mereka dilaporkan diburu oleh pelabur, syarikat dan peminjam yang mereka ‘pau’ guna surat lesen mineral di Sabah. Tidak hairan Albert Tei diburu ‘gengster’ kerana mereka mahukan duit yang mereka beri kepada Albert Tei dan Jontih Enggihon selama ini.
SPRM mengesahkan menerima aduan mengenai Dato' Albert Tei. Lima adun yang videonya disebar telah dipanggil memberi keterangan. Apa selepas ini? Tangkap Albert Tei dan Jontih Enggihon? JIka benar Jontih Enggihon mengapa pihak berkuasa tidak mengumumkan status keberadaan Jontih? Mengapa lari?