Ibu maut, anak parah dirempuh kereta api
16:11 Nov 19, 2024  |  By SabahKini2
Ibu maut, anak parah dirempuh kereta api

Kejadian berlaku pada jam 1.58 tengah hari ketika dua beranak itu sedang melintasi landasan, dengan kereta api terbabit dalam perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu.

PUTATAN: Ibu maut, manakala anak lelakinya yang berusia 11 tahun parah selepas mereka dirempuh kereta api di persimpangan kereta api berhampiran Kampung Petagas, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada jam 1.58 tengah hari ketika dua beranak itu sedang melintasi landasan, dengan kereta api terbabit dalam perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu.

Wanita berusia 41 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putatan, Linda Eslaowagis berkata, anak wanita itu yang parah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

"Pasukan kami membantu mengambil mayat mendiang dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Putatan dikerahkan ke lokasi kejadian itu yang berjarak lima kilometer.

Comment